Buletin

NISSAN SYLPHY FACELIFT 2022. ENJIN E-POWER, 4.2L/100KM

China dilapor bakal menerima Nissan Sylphy facelift  dengan gayaan seperti Almera terkini dan dilengkapi sistem hibrid e-Power baharu.

Walaupun prestasi jualan Sylphy tidak begitu baik, namun ia masih dilihat sebagai model penting Nissan kerana mampu berada di kedudukan 5 teratas sepanjang tahun, dengan 35,926 unit terjual pada bulan lalu. Dengan angka tersebut, adalah munasabah Sylphy facelift hanya untuk pasaran China.

Dari segi penampilan, perubahan tidaklah begitu besar. Dimensi keseluruhannya ialah 4,641mm panjang, 1,815mm lebar, 1,450mm tinggi dengan jarak roda 2,712 mm.

Bahagian dalamannya juga hampir sama. Stereng tiga jejari dengan rekaan rata pada bahagian bawahnya, skrin kawalan pusat yang besar dan corong pendingin hawa masih sama. Ruang kabin juga banyak menggunakan material lembut.

Ruang bonet belakang Sylphy agak besar sebenarnya dengan 600L, tidak ada masalah untuk mengisi tiga atau empat beg pakaian. Kali ini, ciri brek tangan elektronik dan parkir automatik ditawarkan berbanding generasi sebelumnya.

Terdapat dua pilihan enjin untuk pasaran China iaitu enjin 1.6L aspirasi biasa berkuasa 135hp dan toek 159Nm. Manakala enjin bersesaran 1.2 liter dipadankan dengan sistem hibrid e-Power dan kotak gear CVT itu yang mampu menjana 132hp dan menawarkan penjimatan bahan api sekitar 4.2L/100km.

Penampilan, kuasa enjin dan bahagian kabin menjadikan Nissan Sylphy facelift sesuai untuk semua peringkat umur.  Jadi, Nissan Sylphy ini tidak mempunyai masalah untuk menawan hati pelanggan di China.

Google ads
Back to top button