" "
Artikel Pilihan

KENAPA TAYAR JENTERA F1 DIBUNGKUS SEBELUM PERLUMBAAN BERMULA?

Masih lagi berkisar dengan perlumbaan F1 di GP Japan minggu lepas, dengan perlumbaan kontreversi disebabkan hujan yang sangat lebat melanda dan memaksa bendera merah dikibarkan. Bendera merah dikibarkan bermaksud perlumbaan tidak selamat untuk diteruskan dan mesti dihentikan.

Sebaik sahaja jentera F1 memasuki garaj, juruteknik akan membalut tayar yang digunakan dengan sejenis pembalut khas. Sejarah pembalut tayar ini sebenarnya bermula pada tahun 1974 di GP Kanada dimana ada pasukan F1 membalut tayar jentera F1 dengan selimut yang diambil daripada bilik hotel.

Tujuan utama ialah bagi memastikan tayar jentera F1 ini sentiasa panas dan teknik ini akhirnya memaksa pasukan F1 menggunakan pembalut tayar yang khas bagi memanaskan tayar. Pembalut tayar ini mengandungi fabrik serta gel yang boleh mengalirkan haba di sekitar tayar dengan pemanas elektrik

Suhu pemanas ini biasanya ditetapkan sekitar 100 darjah Celcius dalam usaha memastikan apabila perlumbaan dimulakan atau disambung semula, suhu tayar ini berada dalam keadaan yang paling ideal. Malah tayar simpanan yang bakal digantikan ketika perlumbaan berlangsung juga dibalut dengan pembalut yang sama

Apabila tayar menjadi panas, getah tayar ini akan menghasilkan cengkaman yang bagus pada pemukaan litar bagi halaju selekoh yang lebih tinggi. Sekiranya tayar ini sejuk, ia akan menjadi keras dan kurang mencengkam berbanding dengan tayar yang panas

Antara kelebihan tayar yang panas ialah tekanan udara dalam tayar boleg berubah. Semakin tinggi suhu, semakin tinggi tekanan udara dalam tayar. Apabila tekanan menjadi tinggi, ketinggian jentera F1 dari permukaan litar juga akan berubah.

Pemanasan tayar tadi akan diselaraskan oleh juruteknik dengan mengimbangkan suhu yang sesuai bagi mendapatkan tekanan udara yang tepat, dan seimbang antara kekerasan tayar dan juga suhu tayar. Tayar juga dibalut dengan pembalut tayar disebabkan strategi perlumbaan jika perlumbaan belum dimulakan

Seperti yang kami ceritakan sebelum ini, tayar F1 dihasilkan dengan ramuan yang berbeza samaada hard (putih), medium (kuning), soft (merah), intermediate rain (hijau) dan full wet (biru). Setiap pasukan akan cuba menyorokkan apakah strategi penggunaan tayar mereka ketika memulakan perlumbaan dan menukar tayar ketika perlumbaan berlangsung agar pihak lawan sukar mengetahui strategi perlumbaan

Jadi cara yang mudah ialah bungkus sahaja tayar yang akan digunakan untuk perlumbaan dimulakan dan tayar gantian dengan pembalut tayar tadi. Ya jadi anda sudah tahu kegunaan pembalut tayar ini, selain untuk memanaskan tayar ia juga bertindak menyembunyikan strategi perlumbaan mereka

Google ads
Back to top button