Buletin

PEMBELI BEZZA LAMA AKAN DAPAT VERSI BEZZA 2020

Dua minggu lalu, Perodua telah melancarkan Bezza 2020 yang menerima sejumlah penambahbaikan besar dan merupakan versi facelift pertama model sedan tersebut.

Namun di sebalik pelancaran model baru itu, masalah yang membelenggu pembeli model “panas” ini ialah tempoh menunggu yang terlalu lama. Pada satu ketika, varian tertentu boleh mencapat had menunggu sehingga tiga ke empat bulan.

Meskipun dalam kenyataan tahun lalu, Perodua berjanji untuk memendekkan tempoh menunggu Bezza, realitinya, setahun kemudian tidak banyak yang berubah. Namun secara keseluruhannya, kadarnya lebih baik dengan waktu menunggu sekitar satu ke dua bulan.

Bagi model Bezza 2020, lebih 2,000 unit telah dihantar kepada pembeli. Secara keseluruhannya, Perodua setakat ini menerima 15,000 tempahan yang merangkumi 8,000 tempahan untuk model sebelumnya.

Tempahan bagi model lama tersebut bagaimanapun telah ditukar
kepada model terkini – Bezza 2020

“Kami menganggarkan kira-kira 13,000 tempahan dari tahun lepas yang
belum dipenuhi. Kepada para pelanggan yang dihargai, kami sedang
bertungkus-lumus untuk menyerahkan kenderaan kepada anda secepat
mungkin. Kami menghargai kesabaran anda serta memohon maaf atas
waktu menunggu ini,” kata Dato’ Zainal,

Demi memenuhi keperluan pelanggan, Perodua menyasarkan peningkatan pengeluaran sebanyak 4% ke 254,000 unit tahun ini berbanding 244,400 unit pada 2019. Angka ini merangkumi pengeluaran untuk eksport dan penyimpanan stok untuk 2021.

“Kami menjangkakan separuh pertama 2020 yang mencabar – Perodua akan memberi tumpuan kepada memenuhi tempahan yang sedia ada. Kami akan menilai semula keadaan pasaran pada separuh kedua sambil membina inventori supaya kami bersedia andai pasaran bertambah baik,” kata Dato’ Zainal.

Tags
Google ads
Back to top button