Buletin

SUZUKI JIMNY BAHARU DAPAT 3 BINTANG EURO NCAP SAHAJA

Nama Suzuki kembali hangat kebelakangan ini. Puncanya ialah apabila Suzuki melancarkan model baharu jip Jimny. Dalam masa pengeluar kenderaan dunia sibuk melancarkan pelbagai jenis SUV, Suzuki dengan selamba melancarkan Jimny.

Suatu yang berlawan arus apabila segmen bernama jip ini telah menjadi asing dalam barisan kenderaan sekarang.

Jimny baharu ini menerima perhatian pengikut automotif apabila Suzuki kembali semula kepada akarnya. Reka bentuk ringkas dan retro, tiada alunan dan garisan badan sensasi. Cukup dengan gayaan berkotak ala jip perang dunia kedua.

BACA: SUZUKI PERNAH BINA KERETA KONSEP SUZUKI HAYABUSA. YA. IA SEBUAH KERETA

Suzuki Jimny adalah model global dan ia dijual di negara Eropah. Ini bermakna ia tertakluk kepada ujian pelanggaran Euro NCAP.

Badan bebas itu tidak menunggu lama untuk melakukan ujian dan keputusannya telah pun dikeluarkan pada 20 September.

Keputusannya?

Suzuki Jimny yang diuji Euro NCAP hanya menerima tiga bintang Euro NCAP. Berdasarkan standard hari ini, keputusan tersebut adalah sederhana.

Suatu perkara lagi ialah ujian Euro NCAP pada masa sekarang begitu ketat dengan pelbagai ciri canggih yang diambil kira.

Euro NCAP mempunyai empat kategori utama dalam menaksir keputusan pelanggaran. Berikut ialah keputusan yang dicapai oleh Suzuki Jimny:

  • Penumpang dewasa – 73 %
  • Penumpang kanak-kanak – 84 %
  • Pengguna/pejalan kaki berisiko – 52%
  • Sistem Bantuan keselamatan – 50 %

Daripada empat bahagian ini nampaknya Jimny mempunyai dua kelemahan iaitu pada bahagian pengguna/pejalan kaki dan sistem bantuan keselamatan.

Ulasan di laman utama Euro NCAP pula memaklumkan Suzuki Jimny memperolehi tiga bintang dan ia disumbangkan oleh sistem bantuan pemanduan yang kurang memuaskan.

The Suzuki Jimny scores a three-star rating, let down by its underwhelming driver assistance systems.

Adakah ini bermakna Jimny kurang selamat? Kami tiada jawapan tepat dan pastinya Jimny akan menjadi kenderaan yang sempurna dan menggagumkan jika mencapai lima bintang Euro NCAP.

Berikut ialah video ujian pelanggaran Suzuki Jimny oleh Euro NCAP dan laporannya boleh didapati di sini.

Google ads
Back to top button