
SUZUKI PERKENALKAN SUZUKI TOUR H1 ‘KOMPANG’, 66HP, HARGA BERMULA RM27K
Suzuki baru-baru ini mendedahkan model kompang bagi Suzuki Tour H1 serba baharu, di mana ia bakal tersedia untuk pasaran India.
Model itu sekali imbas mirip seperti LCV Suzuki Alto K10 yang mula diperkenalkan tahun lepas, namun sudah tentu terdapat perbezaan kecil bagi kedua-dua model.

Perbezaan antara Tour H1 dan Alto terdapat di bampar depan dan belakang yang tidak dicat, tanpa sebarang hubcap, serta tidak memiliki antena.
Dari segi dimensi, Suzuki Tour H1 berukuran sepanjang 3,530mm (139 inci) dan tersedia dalam tiga warna iaitu Metallic Silky Silver, Metallic Granite Grey serta Arctic White.

Untuk makluman, ia tidak disertakan dengan skrin sentuh infotainment, tetapi masih mempunyai ciri seperti meter digital, dua beg udara, penyaman udara dan pemegang botol 1lt pada poket pintu.
Dari segi kuasa, ia dijana oleh enjin petrol 1.0 liter Suzuki K-Series, menghasilkan 66hp dan tork 89Nm.
Selain itu, enjin ini juga tersedia dalam varian bahan api CNG yang lebih murah untuk dikendalikan, menghasilkan 56hp sementara tork pula 82.1Nm.
Kuasa kedua-duanya disalurkan ke gandar hadapan melalui kotak gear manual lima kelajuan.
Untuk harga, Suzuki Tour H1 tersedia untuk dipesan di India pada harga bermula AS$5,864 (RM27,423) dalam bentuk petrol atau AS$6,962 (RM32,557) bagi NCG.
- BACA: SYARIKAT PEMULA INDIA DEDAH MODEL EV BERASASKAN SUZUKI JIMNY – 40HP, JARAK GERAK HANYA 120KM
- BACA: TAHUKAH ANDA? SUZUKI DAH JUAL 25 JUTA KERETA DI INDIA!
- BACA: SUZUKI JIMNY LIMA PINTU DILANCARKAN DI INDIA, BOLEH BALIK KAMPUNG BAWAK FAMILI
- BACA: TIGA MODEL BAHARU MARUTI SUZUKI DI INDIA SEKADAR RAIH SATU BINTANG GLOBAL NCAP