Artikel Pilihan

SAFETY CAR F1 KINI BERUSIA 50 TAHUN – APAKAH MODEL PERTAMA YANG DIGUNAKAN?

Safety Car ataupun kereta keselamatan memang mempunyai peranan yang kritikal dalam perlumbaan Formula Satu. Tugas utamanya ialah untuk memastikan keselamatan marshal dan petugas-petugas litar sewaktu berlakunya kemalangan ataupun jika berlaku keadaan yang mengganggu keselamatan di dalam litar sewaktu perlumbaan.

Ramai yang menganggap ia cuma penyeri perlumbaan dan medan untuk promosi kereta tapi ia memang mempunyai peranan dan sejarahnya yang tersendiri. Jadi sempena ulang tahun ke 50 pengenalan Safety Car, F1 telah mengeluarkan video khusus dalam saluran YouTube mereka.

Safety Car yang pertama ialah Porsche 914/6 yang diperkenalkan dan beraksi di Grand Prix Canada tahun 1973. Ia kelihatan togel tanpa lampu-lampu amaran macam sekarang dan cuma dipasang dengan bendera kuning besar di bahagian belakang. Sekali tengok macam kempen pilihanraya la.

Selepas itu pelbagai model digunakan oleh F1 sebagai Safety Car mereka antaranya termasuklah Lamborghini Countach di GP Monaco tahun 1981, Ford Escort Cosworth, Renaulr Clio dan Fiat Tempra.

Walaupun Countach kelihatan sangat bergaya tapi model-model lain yang lebih kecil dan marhain juga mampu berfungsi dengan baik sebagai kereta keselamatan. Ye la, fungsinya pun bukan untuk berlumba tapi memperlahankan jentera-jentera F1 dalam keadaan tertentu.

Tapi perlahan sangat pun tak boleh jugak ya, sebab jentera F1 kena sentiasa kekalkan suhu brek, tayar dan enjin sepanjang perlumbaan. Kalau ketika hujan lagi mencabar ooo, jadi Safety Car ni kena power.

Bermula 1996, Formula 1 memateri perjanjian dengan Mercedes dan AMG untuk membekalkan kereta untuk digunakan sebagai Safety Car. Bukan Mercedes 123 disel macam kat Kota Bharu tu tapi model-model prestasi tinggi antaranya termasuklah CLK63 AMG Black Series, SLS AMG, Mercedes AMG GT dan banyak lagilah sebelum. Tapi fevered abang semestinya C36 AMG yang sangat kompak lagi bergaya.

Ia menjadi pembekal Safety Car eksklusif untuk F1 sehinggalah peranan tersebut dikongsi dengan Aston Martin bermula tahun 2021.

Kereta yang berkuasa tinggi sahaja tidak mencukupi tanpa pemandu yang handal. Disinilah perlunya khidmat pemandu handalan seperti Bernd Maylander dan Abang Japar. Tapi AJ ni sibuk sangat jadi Maylander ialah calon terbaik. Beliau bukan pemandu biasa dan mempunyai koleksi kejuaraan tersendiri.

Maylander pernah memenangi perlumbaan FIA GT 1997 dan Nurburgring 24 Hours 2000. Beliau sudah memandi Safety Car F1 selama 24 tahun dan beraksi dalam 212 perlumbaan Grand Prix setakat ini. Eleh, kalau hebat sangat jom lumba kat Laguna Mentakab.

Google ads
Back to top button