Buletin

SYARIKAT PEMULA INDIA DEDAH MODEL EV BERASASKAN SUZUKI JIMNY – 40HP, JARAK GERAK HANYA 120KM

Syarikat pemula asal India, Tadpole Projects terlebih dahulu mendedahkan model Jimny berkuasa elektrik, meskipun Suzuki baru-baru ini mengesahkan pelancaran Jimny elektrik untuk pasaran Eropah.

Tadpole Projects memilih kenderaan tentera, Maruti Suzuki Gypsy untuk ditukar menjadi kenderaan sifar pelepasan berasaskan Jimny.

Maruti Suzuki Gypsy ialah pikap buatan India, varian yang datang dengan jarak roda panjang bagi generasi kedua SJ40/410 Jimny.

Ia diproduksikan antara 1985 hingga 2018, merupakan salah satu kenderaan paling banyak digunakan oleh tentera India.

Dari segi kuasa, Jimny EV dipacu oleh motor elektrik tunggal, menghasilkan 40hp. Menariknya, ia disambungkan terus kepada transmisi asal dan sistem 4WD Suzuki.

Sementara itu, tiada pendedahan dibuat mengenai spesifikasi bateri tetapi Tadpole Projects menyediakan empat pilihan pakej bateri iaitu 1,440Wh, 1,536Wh, 1,920Wh, atau 8,640Wh dengan masa pengecasan antara 2 – 6 jam.

Untuk rekod, model ini hanya menawarkan jarak gerak sehingga 120km.

Menurut laporan Rushlane, ada kemungkinan beberapa unit Maruti Suzuki Gypsy milik tentera India bakal mendapat penukaran EV sepenuhnya selain, disertakan dengan rangkaian kuasa baharu.

“Tentera India sangat biasa dengan Gypsy, membuka serta memasang semula dalam masa beberapa minit tidak sepatutnya menimbulkan kesukaran,” jelas Rushlane.

Google ads
Back to top button