
TIGA MODEL BAHARU MARUTI SUZUKI DI INDIA SEKADAR RAIH SATU BINTANG GLOBAL NCAP
Program penilaian kenderaan baharu global (Global NCAP) telah menguji empat buah model kereta baharu yang dihasilkan untuk pasaran India.
Menyedihkan apabila hanya satu sahaja model yang layak mendapat markah penuh lima bintang, selebihnya mendapat skor satu bintang sahaja!
Mahindra Scorpio-N merupakan satu-satunya model yang berjaya skor lima bintang untuk perlindungan penumpang dewasa (29.25/34), namun untuk perlindungan penumpang kanak-kanak hanya sekadar meraih tiga bintang sahaja disebabkan kekurangan ciri tali pinggang keledar tiga poin.

Model yang diuji ini merupakan spesifikasi asas dengan dua beg udara hadapan dan brek anti-kunci.
Tiga model lain yang mendapat skor satu bintang Global NCAP adalah seperti berikut:
Maruti Suzuki Swift
-Perlindungan penumpang dewasa: 19.19
-Perlindungan penumpang kanak-kanak: 16.68
Maruti Suzuki S-Presso
-Perlindungan penumpang dewasa: 20.03
-Perlindungan penumpang kanak-kanak: 3.52
Maruti Suzuki Ignis
-Perlindungan penumpang dewasa: 16.48
-Perlindungan penumpang kanak-kanak: 3.86
Kesemua model Maruti Suzuki yang diuji merupakan model asas yang dilengkapi dengan dua beg udara. Tiada satu pun dilengkapi dengan beg udara sisi, walaupun sebagai opsyen.
Global NCAP turut mendapati kesemua kenderaan ini mempunyai struktur badan yang tidak stabil dalam ujian pelanggaran hadapan. – Global NCAP