Buletin

PEMINAT KECEWA NISSAN Z NISMO 2024 TERIMA TRANSMISI AUTOMATIK

Nissan Z Nismo 2024 akhirnya ‘diusik’ buat pertama kali menerusi drift yang dilakukan oleh juara Formula Drift, Chris Forsberg.

Video itu disiarkan di Youtube, menyaksikan ramai peminat menyedari ia adalah model dengan transmisi automatik.

Pastinya, ia mencetuskan keraguan peminat jenama itu lebih-lebih lagi, Nissan memberi bayangan bahawa Nissan Nismo 2024 hanya tersedia untuk automatik sahaja.

Terdahulu, forum di newnissanz.com mengesahkan model berkenaan akan mendapat transmisi automatik-9 kelajuan.

Jurucakap Nissan sebelum ini memberitahu The Drive, “Kami akan berkongsi butiran penuh tidak lama lagi.”

Cukuplah untuk mengatakan, prospek Nismo Z automatik sahaja amat mengecewakan. Automatik sembilan-kelajuan bukanlah kotak gear terbaik, bahkan ada juga beranggapan transmisi automatik adalah satu kesilapan daripada Nissan.

Walau bagaimanapun, spesifikasi rasmi belum didedahkan. Peminat transmisi manual masih boleh menarik nafas lega kerana setidaknya masih ada harapan untuk Nissan berubah fikiran.

Google ads
Back to top button