Buletin

Tag Heur & Mc Laren Kukuhkan Kolaborasi

Kerjasama di antara kedua-dua belah pihak ditingkatkan apabila TAG Heuer akan menyokong Program Pembangunan Pemandu Muda McLaren.

Pada Geneva Motor Show 2013 minggu lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TAG Heuer, Jean-Christophe Babin dan Pengerusi Eksekutif McLaren Group, Ron Dennis telah mengumumkan satu perjanjian kerjasama eksklusif.

Tag-Heur-Mc-Laren-Kukuhkan-Kolaborasi-3

TAG Heuer akan terus membekalkan jam tangan rasmi untuk pasukan Formula 1 Vodafone McLaren Mercedes. Kerjasama itu juga melibatkan McLaren Automotive, entiti yang bertanggungjawab menghasilkan kereta sports berprestasi tinggi termasuklah 12C dan McLaren P1.

Pasukan jurutera TAG Heuer dan McLaren sebelum ini sudah pun menjalin kerjasama kukuh dalam bidang teknikal. Terutama dalam membangunkan jam tangan dan sistem pemantauan masa. Ini sekali gus menyerlahkan kepentingan hubungan di antara produksi jentera lumba dan pembuatan jam.

Tag-Heur-Mc-Laren-Kukuhkan-Kolaborasi-4

Kini, kerjasama itu terus dikembangkan apabila TAG Heuer akan menyokong Program Pembangunan Pemandu Muda McLaren. Program tersebut bertanggungjawab mengenal pasti dan membantu pemandu muda berbakat besar dalam dunia perlumbaan.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama baru ini, pemandu berbakat dari Mexico Sergio Perez dilantik sebagai duta jenama jam Switzerland itu bersama Juara Dunia F1, Jenson Button.

Bukan itu sahaja, sebagai tanda termeterainya perjanjian, ulang tahun McLaren dan jam tangan Carrera ke-50, logo TAG Heuer akan diletakkan di spoiler belakang kenderaan, sut dan pakaian rasmi pasukan McLaren. – Newspress

Tag-Heur-Mc-Laren-Kukuhkan-Kolaborasi-5

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button