Buletin

TAHUKAH ANDA BAHAWA DINDING BATA INI SEBENARNYA PINTU SEBUAH GARAJ? 

Sekali pandang, tidak ada yang pelik dengan dinding bata pada deretan rumah ini. 

Tetapi, apa bila satu suis ditekan, dinding itu bertukar menjadi pintu kepada garaj yang mampu menempatkan sebuah Audi Q5. Inovasi pintar itu dilakukan oleh seorang lelaki di sebuah kampung kecil di Woudsend, Belanda.

Menurut laporan laman carscoops.com, dia terpaksa melakukan ubah suai itu kerana pihak berkuasa tidak membenarkan pemilik rumah di sana membuat perubahan ketara kepada struktur bangunan kediaman. Memandangkan dia memerlukan sebuah garaj untuk meletak Audi Q5, inilah yang dilakukannya.

Jika anda menonton video di bawah, hasil binaan pintu garaj itu memang kemas. Tidak nampak macam ada pintu pun. Abang Japar sebenarnya nak tengok seluas mana ruang dalam ruamah dia tu. Sebab Audi Q5 itu macam diparkir lebih ke dalam sebelum keluar dari pintu tersebut.

Tengok sahaja video di bawah ini dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Google ads
Back to top button