Artikel PilihanBuletin

TAHUKAH ANDA KOTAK GEAR DSG VOLKSWAGEN SUDAH BERUSIA 15 TAHUN?

Isu pilihan di antara kotak gear manual dan automatik ini sebenarnya sudah lama. Pada waktu kotak gear automatik mula diperkenalkan, penerimaannya tidak lah meluas seperti hari ini. Alasannya ialah tiada rasa, perlahan, kuat minyak dan tidak tahan lasak. Penyelenggaraan juga lebih tinggi berbanding kotak gear manual.

Semakin hari teknologi semakin baik dan hari ini kita boleh lihat begitu ramai yang memilih transmisi automatik malah menjadi kebiasaan untuk kereta berprestasi.

Walau bagaimanapun dalam misi memuaskan hati pengguna, pengeluar telah mencuba pelbagai inovasi dari gear tiptronic, AMT, CVT, DSG dan kini kembali semula ke automatik.

VW Golf GTI Mk1 – Model legenda. Masa ini gear manual.

Namun dalam senarai inovasi tersebut ada satu jenis transmisi yang menarik perhatian iaitu kotak gear klac berkembar atau DSG.

Kehadiran kotak gear DSG ibarat revolusi selepas transmisi automatik. 15 tahun lalu Volkswagen memperkenalkan kotak gear DSG secara besar-besaran. DSG dikatakan sebagai transmisi automatik era baharu.

Beberapa kelebihan DSG ialah ianya lebih sporti dengan tukaran gear lebih pantas berbanding transmisi manual. Ia menjanjikan suatu yang manis iaitu gabungan keselesaan transmisi automatik dengan sensasi manual.

VW Golf dengan gear manual. ‘Re’.

Walau apa pun pendapat mengenai DSG, lebih daripada 26 juta pemilik kenderaan VW dan ahli kumpulannya dilengkapi dengan transmisi ini.

Berikut ialah fakta tentang transmisi automatik dan DSG oleh VW:

  • Pengguna di Amerika Syarikat dan Eropah mempunyai citarasa berbeza tentang transmisi
  • Pada permulaan tahun 2000, 88 peratus pengguna AS memilih transmisi automatik
  • Di Eropah Barat yang didominasi oleh kereta kompak hanya 14 peratus kereta menggunakan transmisi automatik
  • Kebanyakan kereta dengan transmisi automatik adalah dari model premium
  • Di antara sebab transmisi manual digemari ialah ekonomikal dan sporti selain harga kereta yang lebih rendah
  • Lebih daripada 90 peratus VW Golf dikeluarkan dengan transmisi manual. Golf juga adalah model VW paling popular
  • Transmisi automatik mula diperkenalkan pada tahun 2003 melalui Golf R32 dengan kuasa 241 PS
  • Model ini turut ditawarkan dengan transmisi enam kelajuan DSG
  • Transmisi ini lebih ekonomikal sehingga 20 peratus berbanding transmisi automatik dengan hydraulic torque converter

Pada tahun 2018, Golf yang dilengkapi dengan transmisi DSG melebihi 40 peratus, hampir 30 peratus untuk Polo dan 50 peratus untuk Golf Sportsvan.

Tidak semua DSG sama. Ada DSG untuk kuasa sederhana dan tinggi.

Angka untuk DSG untuk model baharu seperti T-Roc dan Tiguan pula hampir sama manakala 90 peratus Tiguan Allspace dilengkapi transmisi ini.

Untuk Passat pula, 60 peratus untuk model sedan dan 70 peratus untuk model wagon. Model Arteon pula sebanyak 80 peratus.

Berikut pula ialah jenis-jenis transmisi DSG dan padanan enjin: 

  • Pemilihan dibuat berdasarkan model, enjin dan jenis
  • Secara umumnya VW menawarkan DSG enam dan tujuh kelajuan
  • DSG direka untuk pelbagai tahap tujahan iaitu  250 Nm (DQ200-7), 400 Nm (DQ260-6 dan DQ400-6), 420 Nm (DQ381-7) dan 550 Nm (DQ500-7).
  • Unit enam kelajuan hibrid DSG (DQ400E-6, kuasa sehingga 400 Nm) khusus untuk model plug-in hibrid seperti Golf GTE1 dan Passat GTE2.

Seperti yang ditulis sebelum ini, satu karakter mengasyikkan klac berkembar ialah bagaimana pantas ia bertukar di samping perasaan sensasi sewaktu proses tersebut.

VW Golf GTI baru. Lawa kan?

Sewaktu memandu secara bersahaja, tukaran gear dinaikkan lebih awal seterusnya menjimatkan minyak. Selain itu, secara transmisi klac berkembar juga sangat serasi dengan sistem hibrid moden.

Mungkin ada yang pernah merasai pengalaman memiliki kereta dengan klac berkembar, sesuai dengan evolusi teknologi, transmisi jenis ini akan matang dan pada waktu itu ramai yang mahir untuk menyelenggara dan kos pula menjadi lebih murah. Begitulah kitaran transmisi automatik sebelum ini.

BACA: NAK BELI VW SCIROCCO? NAH BACA APA KATA PAKAR TENTANG KOS PENJAGAANNYA

BACA: KENALI VOLKSWAGEN TARO – TOYOTA HILUX DENGAN LENCANA VW

Google ads
Back to top button