Buletin

VOLVO S60 SERBA BARU DIPERKENALKAN

Volvo Car Malaysia hari ini memperkenalkan Volvo S60 T8 R Design serba baru untuk pasaran Malaysia dengan rekaan yang lebih menawan, teknologi yang baru serta pakej keselamtan yang dipertingkatkan. Sedan serba mewah ini dikuasa oleh Drive E Engine yang menggabungkan teknologi supercaj, turbocaj dan teknologi Hibrid berkembar.

Sistem ini membekal sekitar 407 kuasa kuda pada 5700 RPM dan 640 Nm tork di antara 1200-5400 RPM. Kuasa yang dihasilkan ini akan disalurkan ke transmisi 8 kelajuan dengan pacuan semua roda AWD. Halaju maksmima pula ditetapkan pada 250km/j. Walaupun dengan berat menghampiri 2 tan, S60 mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.4 saat

“Apa yang menjadikan Volvo S60 ini sebagai kereta untuk pemandu adalah cesi dan mode pemanduan yang dinamik dimana ia menghasilkan kawalan terbaik dan prestasi yang mengagumkan. Semua ini, apabila digabungkan dengan teknologi daripada siri 90 dan 60 yang lain, ia memberi jaminan Volvo S60 T8 R Design merupakan antara kereta sport sedan terbaik di pasaran” kata Nalin Jain Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Rekaan kabin pula dilengkapkan dengan kemasan kulit Charcoal Fine Nappa pada bahagian kusyen, jahitan sebenar di bahagian papan pemuka, sistem bunyi keliling berjenama Harmon Kardon dan juga bumbung panaromik.

Volvo S60 menggunakan platform Scaleable Product Architecture turut dilengkapkan dengan pelbagai sistem keselamatan seperti teknologi brek automatik yang boleh mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan juga haiwan yang besar.

Sistem Pilot Assist pula membantu pemandu mengawal kenderaan sehingga pada kelajuan 130km/j, mengawal halaju, brek serta jarak pemanduan yang selamat dengan pemandu hadapan. Malah Volvo turut membekalkan sistem Run-Off Mitigation, Oncoming Lane Mitigation, dan juga Cross Traffic Alert.

Volvo turut menaiktaraf sistem maklumat dan hiburan di dalam S60 ini dengan sistem Apple Car Play dan juga Android Auto melalui sistem Sensus Connect yang dibangunkan oleh Volvo sendiri. Ia membantu pemandu berinteraksi dengan semua fungsi dan butang kawalan , navigasi dan juga aplikasi terbina dalam yang disediakan.

Harga yang ditawarkan cukup kompetitif iaitu pada RM 295,888 tidak termasuk cukai jalan dan cukai jalan. Ia ditawarkan pada 5 pilihan warna iaitu Fusion Red Metallic, Crystal White Pearl, Pebble Grey Metallic, Onyx Black Metallic dan Birch Light Metallic.

Google ads
Back to top button