Buletin

TATA MOTORS SERAH KENDERAAN GUNA ‘BELON’ KESELAMATAN

Pengeluar kenderaan, Tata Motors memperkenalkan pendekatan terbaharu menyerahkan kenderaan ketika dunia berdepan pandemik Covid-19.

Pendekatan terbaharu menggunakan gelembung keselamatan (Safety Bubble) itu dikongsi di laman media sosial.

Menurut Tata Motors, inisiatif tersebut merupakan antara langkah-langkah keselamatan yang dilakukan untuk membendung penularan pandemik.

Katanya, pendekatan itu dapat melindungi kenderaan baharu dari kuman serta virus ketika menunggu para pelanggan di kedai pengedaran mereka.

Safety Bubble merupakan bungkusan belon plastik lut sinar membaluti kenderaan yang diperkenalkan menerusi program Sanitised by Tata Motors pada Ogos 2020.

Program berkenaan merangkumi proses sanitasi secara terperinci pada kenderaan dan mengurangkan sentuhan fizikal apabila pelanggan mengambil kenderaan mereka.

Ia dijangka akan diperluaskan di semua wakil pengedar syarikat berkenaan.

Syarikat pengeluar kenderaan dari India ini agak sibuk bermula pada suku pertama tahun ini dengan pengenalan kenderaan facelift terbaharu seperti Tiago, Tigor dan Nexon.

Selain itu, Tata Motors  dijangka akan melancarkan model terbaharu Altroz dan kenderaan elektrik Nexon. – agensi.

Google ads
Back to top button