Artikel Pilihan

TATA ALTROZ – KERETA URBAN UNTUK ANAK MUDA

Apabila menyebut tentang jenama Tata, pasti ramai diantara kita yang menyebik. Entah kereta jenis apalah yang pernah mereka hasilkan (merujuk kepada Tata Nano). Tapi tahukah bahawa jenama Tata ini adalah Dewa yang mengeluarkan pelbagai model kenderaan meliputi bas, lori, dan juga kenderaan tentera.

Baru – baru ini Tata Motors telah memperkenalkan, sebuah model hatchback yang sememangnya mampu menepati citarasa anak muda di serata India. Tata Altroz nama diberi. Ketika debutnya di Genewa International Motor Show 2019 pada Mac yang lalu, ternyata ramai mata yang terpukau dengan kecantikan rekabentuk Tata Altroz.

Tata Altroz ini dikelaskan sebagai kereta Urban Premium dan pertama kali dibangunkan dengan menggunakan Senibina ALFA (Agile Light Flexible Advanced). Senibina ALFA ini hadir dengan pendekatan rekaan yang radikal yang membolehkan pembuatan rekabentuk badan kenderaan yang pelbagai serta pilihan penggunaan enjin petrol, diesel mahupun elektrik sepenuhnya di kemudian hari.

Hasilnya rekaan Tata Altroz sememangnya kelihatan agak radikal, baik mahu dari sisi hadapan, tepi dan juga belakang. Mempunyai garis badan yang seakan meliuk. Barangkali inilah yang dinamakan seni sebuah kereta. Profil sisi kereta menampilkan ciri panah yang unik yang membentuk di Pilar A, yang kemudiannya pintu depan mengalir di sepanjang garis tingkap hingga ke belakang.

Ruangan kabinnya juga turut senada dengan rekaan luaran yang kelihatan cukup sporty. Terutamanya rekaan stereng yang mempunyai garisan lurus di bahagian bawah. Mempunyai sistem infotainmen jenis terapung adalah gaya masa kini yang lengkap dengan sambungan Apple CarPlay and Android. Kena ikut trend. Semua pembuat kini sudah mula mengaplikasikannya pada kereta keluaran mereka.

Pilihan nadinya pula dijangka menggunakan pilihan daripada enjin Nexon 1.2 Liter Turbo yang mampu menghasilkan kuasa 100PS/140Nm. Pilihan enjin NA 1.2 Liter dengan kuasa 85PS/114 Nm juga mungkin diperkenalkan. Manakala enjin Diesel 1.5 liter dengan kuasa 110PS and 260Nm adalah pilihan yang mungkin ideal sebagai pilihan alternatif.

Harga bagi sebuah model yang dianggap serba moden ini dianggarkan bermula pada aras harga 5.5 Lakh (RM32,078) di India. Nampak macam boleh sangat nak bersaing dengan sebuah lagi model tempatan, Maruti Suzuki Baleno. Harga keduanya pun lebih kurang juga sebenarnya. Yang untung sudah tentulah para Pria di India sana. Boleh print siap – siap slip gaji. Nak lancar dah tak lama lagi ni.

BACA : ALKISAH TATA NANO – APA SUDAH JADI?

BACA : TATA MOTORS PERKENALKAN KERETA SPORT KECIL GIDI GENEVA – RACEMO

Google ads
Back to top button