Buletin

HONDA TAWAR REBAT RM2K UNTUK CITY VARIAN S & E SEMPENA JUALAN 12.12

Honda Malaysia hari ini mengumumkan jualan istimewa dengan rebat bernilai RM2,000 untuk varian S dan E, Honda City.

Ia sempena meraikan musim perayaan dan jualan 12.12 di seluruh negara. Kempen All-New City 12.12 Special Sales itu akan bermula pada 1 hingga 12 Disember 2020 dengan pendaftaran dibuat dalam tempoh 1 hingga 31 Disember 2020.

Pelanggan akan menerima rebat istimewa itu selepas mereka memenuhi syarat tempahan dan pendaftaran di mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara.  

“Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia kepada jenama Honda. Sehingga kini, Honda City baharu telah mencatat lebih 9,000 tempahan.

“Selain jualan istimewa 12.12 ini, pelanggan juga menikmati pengecualian cukai yang berlangsung sehingga 31 Disember 2020,” kata Pengarah Urusn dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Varian S dan E dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu berkuasa 121PSdan tork 145Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT untuk kuasa dan penjimatan bahan api.

Jentera itu juga dilengkapi sistem keselamatan standard seperti brek ABS, EBD, BA, Emergency Stop Signal (ESS), Hill Start Assist (HSA), cagak ISOFIX dan amaran tali pinggang keledar penumpang belakang.  

Sebagai tambahan, varian E hadir dengan kamer undur multi sudut untuk kemudahan pemandu.

Untuk maklumat lanjut atau ingin memandu uji Honda City, anda boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran sah Honda, hubungi talian bebas tol: 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

Google ads
Back to top button