Buletin

TEMPAHAN ORA GOOD CAT BERMULA SECARA RASMI PADA MALAYSIAN MOTOR EXPO. PENGHANTARAN KUMPULAN PERTAMA DIJANGKA DISEMBER 2022

Ora Good Cat iaitu kereta berkuasa elektrik terbaru yang dipasarkan oleh GWM Malaysia telah membuat penampilan rasmi di Malaysian Motor Expo dari 11-13 November 2022.

Dengan kesedaran penjagaan alam semulajadi yang semakin bertambah, minat pembeli terhadap kenderaan yang lebih mesra alam semakin meningkat.

Terdapat 2 pilihan bateri yang disediakan samaada 47.8kWh bagi varian Tech dan Pro mampu menyokong pemanduan sehingga 400km dalam pengiraan NEDC. Bateri yang lebih besar pula iaitu 63.1kWh pula dipasang pada varian Ultra dan Ultra G membolehkan Ora dipandu sejauh 500km untuk satu pengecasan penuh menurut pengiraan NEDC.

Dengan sistem pengecasan terbina dalam 6.6kW, bateri 47.8kWh memerlukan sehingga 8 jam bagi satu pengecasan penuh. Pengecasan pantas dengan sistem DC 60kW pula membenarkan pengecasan dibuat dalam masa 46 minit dari 0-80%.

Bagi varian Pro dan Ultra yang datang dengan bateri 63.1kWh, masa pengecasan menggunakan pengecas biasa mengambil masa sehingga 10 jam. Jika anda memerlukan cas tambahan untuk perjalanan jarak jauh, ia boleh dicaj dari 0-80% dalam masa 40 minit.

Semua varian diberikan satu motor elektrik dengan 141 kuasa kuda dan 210Nm tork dengan semua kuasa disalurkan pada tayar depan. Atas sebab keselamatan, halaju maksima Ora Good Cat dihadkan kepada 152km/jam.

Dari segi harga, setakat ini masih belum ada harga rasmi yang dikeluarkan oleh GWM Malaysia tapi kami menganggarkan bahawa ia akan dijual pada harga permulaan di bawah  RM150,000. Ia merupakan sat pembelian yang bagus bagi pembeli yang ingin merasai pengalaman pemanduan sebuah kereta elektrik pertama dengan harga sangat mampu milik.

Pembeli terawal yang telah membuat tempahan untuk pembelian Ora Good Cat semasa Malaysia Motor Expo telah  menerima baucar rebet sebanyak RM 1000.

Malah satu cabutan bertuah telah dilakukan pada pembeli terawal di mana pemenang bertuah membawa balik baucer bernilai RM28,000 melalui cabutan bertuah.

Selain menawarkan rekaan luar yang menarik dan funky, Ora Good Cat juga menghasilkan rekaan dalaman yang mewah dengan menampilkan kemasan suade pada papan pemuka, bumbung suria dan kusyen kemasan kulit yang berjaya memikat hati bakal pembeli dan pengunjung yang datang ke reruai GWM.

Untuk menempah atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ORA Good Cat sila layari laman web: https://www.gwm.com.my/

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button