
AUDI MUNCUL DENGAN LOGO BAHARU. KEMASAN DUA DIMENSI BERWARNA HITAM PUTIH
Sejak dari zaman Auto Union lagi, logo berbentuk empat cincin itu telah digunakan. Ia dilihat begitu signifikan sehingga ke hari ini meskipun terdapat kemas kini berkali-kali sepanjang dekad lalu.
Audi melakukan evolusi pada logo ketika memperkenalkan e-tron Q8 yang telah diubah suai dan dijenamakan semula.
Direka bentuk untuk memberikan imej yang lebih moden, logo baharu itu mempunyai latar belakang berwarna hitam yang kontras dengan cincin putih untuk tampil lebih elegan. Penampilan logo dua dimensi tersebut membolehkan ia kelihatan lebih jelas meskipun dari jarak jauh.

Dengan logo baharu tersebut, tiada lagi logo krom yang pernah menjadi ciri khas Audi.
Reka bentuk logo dua dimensi tersebut adalah sebahagian usaha untuk memudahkan pendigitalan. Ini kerana Audi mahukan logo kebanggaannya itu kelihatan sama di mana-mana, sama ada dalam majalah, paparan skrin telefon pintar, papan iklan atau di dalam kereta.
Selain logo baharu, model akan datang juga bakal menggunakan font eksklusif yang dikenali sebagai Audi Type. Menurut pereka Andre Georgi, perubahan tersebut tetap mengekalkan penggayaan elegan serta kualiti jenama Audi.
- BACA: AUDI RS 3 SEDAN MUNCUL DI VOLKSWAGEN FEST 2022. 401HP, BERMULA RM650K
- BACA: SISTEM HIBRID RINGKAS MHEV AUDI, SEBENARNYA AGAK KOMPLEKS
- BACA: HONDA CIVIC RS, LOGO HONDA DENGAN PERISA CONTINENTAL. LAGI POWER & LAGI SPORTI DARI YANG LAMA
- BACA: NOMBOR PLAT LOGO PIALA DUNIA QATAR 2022 DIJUAL PADA HARGA RM2.2 JUTA






