Buletin

TESLA KINI BERNILAI LEBIH RM4 TRILION!!!

Pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla merupakan antara enam syarikat di dunia yang bernilai AS$1 trilion (RM4.16 trilion).

Ia berikutan pengumuman pada awal minggu lalu apabila syarikat sewa kenderaan Hertz menempah 100,000 unit Tesla Model 3 bernilai AS$4.4 bilion (RM18.29 bilion) sehingga melonjak saham Tesla sebanyak 12 peratus.

Pencapaian tersebut sekali gus menjadikan Tesla sebaris syarikat-syarikat ternama seperti Apple, Alphabet dan Amazon malah merupakan syarikat kedua terpantas mencapai nilai berkenaan dalam tempoh 12 tahun.

Syarikat laman sosial, Facebook sahaja yang berupaya melakukan perkara tersebut dalam tempoh 9 tahun berbanding Apple mengambil masa sehingga 37 tahun untuk mencapai pencapaian membanggakan berkenaan.

CEO dan pengasas bersama Tesla, Elon  Musk memiliki kira-kira 23 peratus dalam syarikat kini bernilai kira-kira AS$230 bilion (RM955.88 bilion).

Toyota merupakan syarikat pengeluar kenderaan kedua paling bernilai dengan pasaran modal kira-kira AS$280 juta (RM1.1 bilion).

Pengeluar Amerika Syarikat (AS) itu menjual satu setengah juta kenderaan di peringkat global manakala Toyota mencatatkan jualan sebanyak  9.5 juta unit kenderaan pada tahun lalu.

Bagi tahun ini, Tesla telah mencatatkan jualan 627,000 unit kenderaan dan masih menerima tempahan. – carbuzz

Google ads
Back to top button