Artikel Pilihan

MAZDA MX-5 BAKAL DAPAT ENJIN SKYACTIV-X MILD HIBRID.

Berdasarkan khabar rancangan Mazda untuk memasang sistem hibrid ringan pada model MX-5 generasi seterusnya, wakil Mazda Amerika telah menghantar email kepada Motor.com pada bulan Jun berkenaan rancangan mereka untuk memodenkan trenkuasa MX-5 dengan teknologi elektrik

Model seterusnya yang dikenali dengan kod NE bakal dikuasakan dengan enjin 4 silinder SkyActiv-X lengkap dengan turbocaj bagi memaksa enjin beroperasi pada keadaan superlean dengan nisbah udara ke bahan api mencapai 1:32. Bagi mengurangkan lagi penghasilkan gas karbon dioksida, sistem hibrid ringan 48V akan dipautkan pada enjin

Berbanding dengan penggunaan motor elektrik dan juga bateri semata-mata, ia akan menyebabkan MX-5 akan menjadi semakin berat berbanding dengan model asal yang hanya menggunakan enjin petrol sahaja. Maka sistem hibrid ringan diperlukan bagi memenuhi peraturan kawalan pencemaran udara.

Ikuo Maeda, salah seorang eksekutif kanan Mazda telah mendedahkan kepada laman sesawang Autocar berkeanna dengan dilema yang dihadapi oleh model MX-5 yang seterusnya terutama dalam pemilihan trenkuasa yang lebih bersih, masih lagi ringan dan tidak dipandang sebagai tidak peka dalam isu pencemaran alam sekitar

Buat masa ini teknologi EV yang ada merangkumi motor elektrik dan juga bateri adalah berat dan tidak sesuai bagi penggunaan Mazda MX-5. Sebagai contoh Mazda MX-30 iaitu sebuah crossover yang menggunakan bateri 35.3kWh menyebabkan ia 500kg lebih berat berbanding dengan Mazda-CX30 yang menggunakan enjin SkyActiv-X

Buat masa ini enjin SkyActiv-X hanya ditawarkan dalam varian 2000cc sahaja dan seperti yang kita tahu bagi mengekalkan berat keseluruhan Mazdi Miata kurang daripada 1000kg, maka enjin yang lebih kecil harus diperkenalkan. Keadaan ini mungkin menyebabkan Mazda perlu menghasilkan enjin SkyActiv-X 1500cc yang baru untuk dipadankan dengan sistem hibrid 48 Volt.

Bagi rekaan luar, Mazda MX-5 NE mungkin akan mengenakan rekaan Kodo yang ringkas sama seperti model konsep Vision Coupe yang pernah dipertontonkan satu ketika dulu dan banyak memperngaruhi rekaan Mazda 3, CX-30 dan juga MX30

Google ads
Back to top button