Buletin

MENANGI PAKEJ PERCUTIAN BERNILAI RM20,000 DENGAN KEMPEN JOM JALAN-JALAN PETRON

Selari dengan pembukaan semula perjalanan domestik rentas negeri, Petron Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia melancarkan kempen ‘Jom Jalan Jalan’ untuk mempromosikan pelancongan domestik. 

Kempen selama lima bulan itu bertujuan memberi ganjaran menarik kepada pelanggan seperti pakej percutian dan wang tunai untuk meneroka tempat pelancongan menarik di dalam negara. 

Petron telah bekerjasama dengan rakan pelancongan dan resort tempatan seperti Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! At Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Glamz Genting, Sepilok Forest Edge dan Culvert Santubong serta VIP Pass Holidays (Malaysia) dan TREVO Malaysia untuk menyediakan hadiah pakej percutian yang menyeronokkan. 

Kempen ini akan memberi ganjaran kepada 1,156 pemenang termasuk 56 pelanggan bertuah yang akan muncul sebagai pemenang hadiah utama di sepanjang tempoh berlangsung.

Percutian yang ditawarkan merangkumi pakej  3 hari 2 malam yang memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati alam semula jadi di beberapa tapak glamping terbaik di Malaysia.  Ia merangkumi penginapan glamping, aktiviti rekreasi dan pengalaman kulinari menarik yang disesuaikan dengan lokasi negeri tersebut. 

Enam pemenang akan memenangi Hadiah Utama berupa pakej percutian bernilai sehingga RM20,000 dari Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sepilok Forest Edge atau Culvert Santubong beserta wang tunai dan tajaan minyak daripada Petron. 

Setiap pemenang boleh membawa enam hingga sepuluh orang ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama menikmati pengalaman glamping yang tidak dapat dilupakan.

Selain hadiah utama, sepuluh pelanggan juga akan memenangi pakej percutian bernilai RM5,000, wang tunai dan tajaan minyak secara bulanan bermula dari November 2021 hingga Mac 2022. Setiap pemenang boleh membawa hingga empat orang ahli keluarga dan rakan-rakan. 

100 lagi pemenang hadiah saguhati yang dipilih setiap bulan akan menerima baucar penginapan hotel VIP Pass 7 hari 6 malam bernilai RM2,000, wang tunai RM300 dan mata ganjaran PMiles bernilai RM300. Tambahan lagi, 1,000 pemenang mingguan pula akan menerima mata ganjaran PMiles bernilai RM200 setiap seorang. 

Pengurus Besar Petron Malaysia, Faridah Ali memberitahu  pemenang akan dipilih mengikut wilayah Utara, Pantai Timur, Sentral, Selatan, Sabah dan Sarawak untuk memastikan setiap kawasan ada pemenangnya. 

Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad Petron Miles. Mereka akan menrima penyertaan secara automatik bagi pembelian bahan api terkumpul bernilai RM250 dalam tempoh sebulan untuk layak dalam cabutan bertuah Hadiah Utama dan RM50 untuk hadiah tempat pertama. 

Pelanggan perlu meleret kad Petron Miles mereka apabila membuat pembelian untuk menyertai pertandingan ini. Kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini bermula Oktober 2021 sehingga Mac 2022. Maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman www.petronmiles.com.my 

Google ads
Back to top button