" "
Buletin

TOLONG KERETA TERBAKAR DI TEPI JALAN, DAPAT BURGER PERCUMA

Pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan sesuatu kempen. Jenama francais makanan segera terkenal Amerika Syarikat (AS), Burger King nampaknya tampil dengan idea unik dalam meraikan kebaikan hati orang awam sempena sambutan National Good Samaritan Day pada 13 Mac setiap tahun.

Bertujuan memberi penghormatan kepada mereka yang sudi membantu, hari istimewa itu dikatakan berpunca dari insiden pembunuhan Catherine Genovese pada tahun 1964.

Tragedi menyayat hati menyaksikan beberapa orang jiran dan orang yang lalu lalang tidak melakukan apa-apa untuk menghalang pembunuhan  Genovese.

Untuk membuktikan bahawa masyarakat AS tidak lagi bersikap sedemikian, Burger King membuat satu uji kaji. Bahagian enjin sebuah kereta yang berasap diletakkan di tepi jalan dan seorang lelaki melambai pengguna jalan raya lain untuk meminta bantuan.

Video pendek itu bagaimanapun tidak menyatakan berapa banyak kereta yang tidak berhenti. Namun, apa yang pasti ada beberapa pemandu prihatin cuba membantu. Sebagai tanda penghargaan, Burger King menghadiahkan mereka dengan burger Whooper.

Enjin kereta itu sebenarnya tidak terbakar. Tetapi dijadikan tempat untuk membakar daging burger. Lebih mengujakan, lelaki berpakaian kostum raja menyerahkan burger itu sendiri kepada semua pemandu tersebut.

Nampaknya, masih ramai warga AS yang prihatin dengan nasib malang orang lain. Menjadi juga publicity stunt dia orang ni…   

Google ads
Back to top button