Buletin

TEKNOLOGI “AJAIB” MAZDA SKYACTIV 3 SAMA BERSIH DENGAN KERETA ELEKTRIK

Pada ketika majoriti pengeluar kenderaan utama di dunia mula beralih dan melabur kepada kenderaan berasaskan elektrik, ada sebuah syarikat kecil dari Jepun yang masih kekal dengan kepercayaan mereka. Mereka masih percaya ruang untuk memajukan enjin pembakaran dalaman masih ada dengan harapan menjadikannya enjin yang lebih bersih.

Berapa bersih?

Jurutera Mazda percaya, mereka mampu kembangkan teknologi Skyactiv mereka menjadi enjin bersih sama seperti sebuah kenderaan elektrik. Ia akan dikenali sebagai SkyActiv-3

Teknologi SkyActiv-2 akan datang akan menampilkan fasa perubahan di mana enjin dikatakan tidak lagi menggunakan palam pencucuh. Enjin itu akan membakar campuran bahan api dan udara menerusi tekanan.

BACA: SKYACTIV-2, LEBIH JIMAT, TIADA PALAM PENCUCUH

Ia sekali gus membuatkan proses pembakaran lebih efisien berbanding enjin konvesional yang menggunakan palam pencucuh. Method itu juga dapat mengurangkan emisi ekzos. Dengan enjin ini, model seperti Mazda3 dianggarkan mampu mencatat jarak 30km bagi setiap liter petrol.

Kemudian, Mazda akan hasilkan generasi seterusnya iaitu Skyactiv-3 yang akan bersedia untuk fokus terhadap emisi. Enjin itu akan membakar campuran bahan api dan udara menerusi tekanan.

Sekali gus membuatkan proses pembakaran lebih efisien berbanding enjin konvesional yang menggunakan palam pencucuh. Method itu juga dapat mengurangkan emisi ekzos. Dengan enjin ini, model seperti Mazda3 dianggarkan mampu mencatat jarak 30km bagi setiap liter petrol.

Automotive News melaporkan bahawa jurutera Mazda yakin mereka mampu hasilkan teknologi generasi ke-3 dalam masa kurang dari lima tahun lagi. Ia teknologi yang masih mengekalkan enjin pembakaran dalaman tetapi akan menjadi sebersih kereta elektrik.

BACA: SKYACTIV-D, REVOLUSI ENJIN DISEL MAZDA

Tiada pendedahan teknikal secara khusus yang diberikan namun menetapkan tahap efiensi thermal adalah kunci utamanya. Pengurus Eksekutif Mazda, Mitsuo Hitomi berkata, tahap efiensi thermal akan ditingkatkan dari 27 peratus kepada 56 peratus. Hasilnya, ia akan menyamai kadar karbon dioksida yang dilepaskan kenderaan elektrik.

Eh. kereta elektrik bukan emisi sifar kah?

Ya. Benar, tetapi jurutera Mazda telah membuat perkiraan teliti terhadap punca tenaga elektrik yang diguna untuk mengecas setiap kereta elektrik tadi.

Sumber utama tenaga elektrik industri atau domestik hari ini masih lagi bergantung kepada bahanapi fosil yang juga menyumbang kepada kesan rumah hijau dunia.

Mazda percaya, proses pembangunan yang mereka lakukan adalah lebih spesifik dan sasaran mereka ialah mengurangkan kadar emisi karbon sehingga 25 peratus untuk kenderaan yang lebih bersih.

 

Google ads
Back to top button