Motosikal

TOPI KELEDAR KARYA TECNOART SERSAN

Topi keledar yang dilukis dengan grafik ekstrem bukanlah sesuatu yang baru. Lukisan atau grafik itu sebenarnya banyak menggambarkan personaliti pemilik atau artis yang menghasilkannya.

Tecnoart-Sersan-HJC RHPA 10-mekanika (2)

Tecnoart Sersan merupakan salah satu firma yang aktif dalam menghasilkan grafik topi keledar yang revolusionari. Terbaharu, Tecnoart Sersan telah bekerjasama dengan MV Agusta untuk menghasilkan grafik topi keledar sebagai tribut kepada jenama motosikal dari Itali itu.

Tecnoart Sersan dilihat berjaya menghasilkan rekaan grafik yang sememangnya cool tanpa bersifat berlebih-lebihan.

Tecnoart-Sersan-HJC RHPA 10-mekanika (6)

Topi keledar ini menyerlahkan warisan MV Agusta dengan mengetengahkan keupayaannya mencatat rekod kelajuan, termasuklah dalam perlumbaan Isle of The Man TT.

Dari segi teknikal, karya Tecnoart Sersan ini dihasilkan pada topi keledar HJC RHPA 10, sama seperti yang dipakai oleh juara dunia MotoGP 2015, Jorge Lorenzo sewaktu menunggang jentera Yamaha.

Tecnoart-Sersan-HJC RHPA 10-mekanika (3)

HJC RHPA 10 dibina menggunakan kerangka yang sangat maju, dikenali sebagai kompaun Premium Integrated Matrix. Material itu menggabungkan elemen-elemen seperti gentian karbon, Aramid, gentian kaca dan fabrik organik yang tidak ditenun.

Ia juga hadir dengan pelindung muka Pinlock-ready 2D Flat-Racing, sistem vetilasi canggih, selain menerima kelulusan daripada pihak DOT dan SNELL.

Tecnoart-Sersan-HJC RHPA 10-mekanika (5)

Topi keledar HJC RHPA 10 di pasaran Amerika Syarikat sekitar AS$400 (RM1,600). Tetapi, nilainya meningkat mendadak selepas mendapat sentuhan magis Tecnoart Sersan.

kredit foto: Tecnoart Sersan

Google ads
Back to top button