
SHOEI MALAYSIA DEKATI PEMINAT DENGAN ROADSHOW SULUNG, LANCAR GLAMSTER 06
Sebagai usaha mempromosikan keselamatan menunggang motosikal di samping mengetengahkan barisan produk sedia ada, SHOEI Malaysia baru-baru ini dengan jayanya melangsungnkan roadshow pertama.

Berlangsung di pusat beli belah Sunway Velocity pada 19 hingga 20 April lalu, roadshow tersebut memberi peluang kepada peminat untuk mendekati jenama helmet terkemuka Jepun itu dengan lebih baik.

Menurut SHOEI Malaysia, antara peluang disajikan adalah mendalami sejarah SHOEI, mempelajari aspek keselamatan helmet dan kepentingan pemakaian helmet yang menepati saiz pemakai menerusi PFS (Personal Fitting System).
Selain itu, orang ramai turut berpeluang menyaksikan tawaran terbaru menerusi SHOEI Glamster 06 yang merupakan keluarga baharu bagi siri Neo-Classic.

Dalam pada itu, pengunjung turut menikmati pelbagai promosi istimewa bagi helmet SHOEI dan aksesori lain. Lebih merancakkan roadshow tersebut adalah sesi cabutan bertuah selain servis mencuci helmet secara percuma.

Bagi yang terlepas, ikuti perkembangan semasa SHOEI Malaysia menerusi laman sosial.