
SHOEI LANCAR HELMET PALING RINGAN NXR 2. LEBIH AERODINAMIK, PILIHAN GRAFIK MENARIK, BERMULA RM2.4K
Pengimport dan pengedar topi keledar Shoei, Sinar Puncak baru-baru ini melancarkan model full face terbaharu iaitu NXR 2 ke pasaran Malaysia.
Hadir dengan tagline PURENESS REFINED, helmet berkenaan merupakan model paling lama dalam barisan produk Shoei. Ia telah mengalami evolusi melibatkan pasukan pereka bentuk serta jurutera bertaraf dunia, menggunakan terowong angin tercanggih dan amalan jaminan kualiti paling ketat.
Harus tahu bahawa helmet NXR 2 merupakan helmet paling ringan dan kompak Shoei yang mematuhi piawaian homologasi Eropah ECE 22.06 untuk model helmet muka penuh.

NXR 2 tampil dengan rekaan cengkerang yang kompak, aerodinamik bersama spoiler bersepadu. Corong kemasukan (6 di hadapan) dan pengeluaran udara (4 di belakang) direka untuk mengurangkan tekanan ke atas kepala penunggang. Bukan itu sahaja, corong udara ia juga mampu menawarkan aliran udara yang lebih efisyen ketiaj dipakai.
Rekaan baharu itu juga berfungsi mengurangkan bunyi angin di sekitar helmet. Ciri penjana vorteks pada bahagian sisi berperanan mengurangkan pusaran udara. Keselesaan ditingkatkan lagi menerusi kusyen pada pipi dan pad telinga yang boleh dicabut.
Visornya mampu melindungi pemakai daripada 99 peratus sinaran UV yang berbahaya. Manakala rekaan permukaan 2D yang rata bersama teknologi 3D memberikannya penampilan agresif serta tahap pemandangan lebih baik.

Pinlock EVO yang kalis kabus itu sebenarnya 10 peratus lebih besar untuk menambah baik aspek pandangan penunggang.
Jika berminat, anda boleh memilih Shoei NXR 2 dalam saiz bermula XS, S, M, L, XL dan 2XL. Harganya pula bermula RM2,400 seunit untuk warna hitam, putih, kelabu, hitam dan biru matt.
Jika memilih helmet dengan grafik Accolade TC-10, Mural TC-10, Prologue TC 1 dan Scanner TC-5, harganya ialah RM2,899 seunit. Harga bagi model dengan nombor 93 (Marq Marquez) pula ialah RM2,980 seunit.
Helmet tersebut boleh dibeli di 15 pengedar sah Shoei di seluruh negara. Lebih menarik lagi, Shoei ada menawarkan perkhidmatan ‘fitting’ bagi memastikan kepala anda benar-benar padan dengan helmet yang dibeli.
- BACA: HOBI ‘KOLEKSI KAMI MAHAL’ – HELMET SHOEI J-FORCE 2 TERJUAL PADA HARGA RM86K!
- BACA: HARGA MYVI. ADA YANG BERMINAT?
- BACA: TAK LULUS PIAWAIAN FIM, HELMET SHOEI & SHARK DICAT DENGAN LOGO KYT DAN SUOMY
- BACA: SHOEI J-CRUISE EDISI TERHAD ZULFAHMI
GALERI














