
HELMET PINTAR SHOEI OPTICSON AKAN DIJUAL DI JEPUN PADA DISEMBER. BERMULA RM4K
Shoei mendedahkan bahawa helmet pintar Shoei Opticson akan mula dijual pada 17 Disember 2022. Ia dimaklumkan kepada orang ramai di pada acara Osaka Motorcycle Show pada April lepas.
Pengumuman itu nyata menarik minat pelanggan dan mendapat banyak permintaan untuk helmet pintar Shoei Opticson.

Helmet pintar Shoei Opticson ini akan dijual di tiga Shoei Gallery yang eksklusif di Tokyo, Osaka dan Yokohama.
Ciri-ciri yang menjadi tarikan pelanggan ialah bahagian pelindung dagu yang lebih besar, skrin lutsinar boleh laras di hadapan mata kanan, projektor di dalam pelindung dagu dan data pandu arah dipaparkan di skrin depan mata.

Ia disertakan dengan pembesar suara serta mikrofon. Pengguna juga dapat melihat arahan pandu arah serta beberapa data lain di depan mata. Untuk menggunakan ciri pandu arah, pengguna di Jepun perlu melanggan aplikasi Touring Supporter.

Helmet pintar Shoei Opticson ini boleh dimiliki pada harga 137,500 yen (RM4,461.49), tidak termasuk bateri berharga 11,000 yen (RM356.92) yang dipasang pada luar helmet.
Masih belum pasti sama ada pasaran Malaysia akan menerima topi keledar ini atau sebaliknya. – RodaRoda
- BACA: TAK PAKAI HELMET, WANITA TIDAK DITAHAN POLIS SELEPAS LAUNG TAKBIR
- BACA: BENGANG DIHON, POLIS KESAN RIDER CUBA BALING HELMET DI JALAN TEMIANG-PANTAI
- BACA: HELMET 100 TAHUN SUZUKI AKAN MULA DIJUAL JANUARI INI – ADA BONUS TAK TAHUN NI BOSS?
- BACA: GIVI PERKENAL HELMET ACQUA DAN D-VISOR DEMI JET BAHARU. BERMULA RM230 SEUNIT