" "
Buletin

VOLVO CAR MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S BAHARU DI SETIA ALAM – TAWAR KHIDMAT SERBA LENGKAP

Sime Darby Swedish Auto melancarkan sebuah lagi pusat pameran pengedar Volvo selepas pembukaan cawangan pertama di Sime Darby Motors City, Ara Damansara.

Kemudahan terbaharu yang terletak di Setia Alam, Shah Alam itu ialah sebuah Pusat 3S (Jualan, Servis, Alat Ganti), bersedia untuk memberikan perkhidmatan serba lengkap kepada pelanggan.

Mempunyai keluasan 23,000 kaki persegi, pusat pameran pengedar tersebut akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati sepenuhnya Pengalaman Runcit Volvo (VRE).

Bilik pameran ini dilengkapi teknologi terkini termasuk empat ruang mengecas kenderaan dengan bekalan elektrik dijana menggunakan kuasa solar.

Selain itu, pengunjung juga akan dapat menikmati konsep berasaskan ruang tamu gaya Scandinavia yang melambangkan jenama Volvo.

“Kami berharap dapat mengetengahkan kelebihan kenderaan Volvo yang menawarkan kebebasan bergerak kepada pemilik dengan cara bersifat peribadi, lestari serta selamat,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump.

Volvo Setia Alam terletak di No.3, Jalan Setia Alam Murni, U13/AH, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor, dan beroperasi dari jam 8:30 pago hingga 6:00 petang setiap hari.

Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi laman sesawang www.volvocars.com/my/find-a- dealer dan atau menelefon 03-5870 1188 untuk maklumat lanjut.

Google ads
Back to top button