
JUALAN TERUK, TOYOTA HENTI MODEL YARIS DI INDIA
Model Toyota Yaris merupakan antara kenderaan popular di benua Eropah.
Bagaimanapun, situasi agak berbeza di India apabila Toyota mengambil keputusan menghentikan Yaris berikutan jualan agak perlahan di negara terbabit.
Toyota Yaris diperkenalkan di pasaran India pada tahun 2018 dengan varian eksklusif sedan.

Model generasi ketiga Yaris XP150 atau lebih dikenali sebagai Yaris Ativ ataupun Vios di pasaran Asia dilancarkan pada tahun 2013 manakala versi facelift menjengah pasaran tahun 2016.
Ia mendapat khidmat enjin 1.5 dengan dipadankan transmisi lima kelajuan manual ataupun CVT.
Dalam tempoh tiga tahun, Toyota menjual 19,784 unit Yaris di India dan angka tersebut tidak mencukupi untuk bersaingan dengan model segmen kenderaan terbabit yang dikuasai Honda City, Hyundai Verna dan Maruti Suzuki Ciaz.

Menurut The Economic Times, jurucakap Toyota berkata Toyota Kirloskar Motor mengumumkan menghentikan model Yaris berkuat kuasa pada 27 September lalu.
“Ia merupakan sebahagian usaha strategi produk Toyota dalam meneruskan keperluan para pelanggan dalam meningkatkan penawaran produk berprestasi tinggi,” katanya.
Autocar India melaporkan Toyota kemungkinan besar akan melancarkan Maruti Suzuki Ciaz versi rebadged dalam tempoh beberapa bulan untuk menggantikan Yaris. – carscoops
- BACA: MASIH BAHARU, DAH ADA GR YARIS UNTUK DIBIDA DI UK
- BACA: TOYOTA YARIS ECOVAN. ANGKUT BARANG DENGAN PENUH GAYA. ENJIN HIBRID, BERMULA RM117K
- BACA: UMW GROUP JUAL 25,568 UNIT KENDERAAN PADA BULAN MEI. VIOS, YARIS DAN HILUX PALING LARIS
- BACA: TOYOTA MAHU HASILKAN GR COROLLA? ENJIN 3 SILINDER, 296 HP. LEBIH MURAH DARIPADA GR YARIS