
TOYOTA LANCAR GLANZA 2022 DI INDIA. HARGA BERMULA RM35,216
Toyota melancarkan generasi baharu Glanza 2022 di pasaran India mengikut jejak langkah ‘saudaranya’ Suzuki Baleno.
Glanza 2022 yang mendapat sentuhan baharu berbanding model terdahulu ditawarkan pada harga bermula AS$8,376 (RM35,216).

Model terbaharu itu memiliki ukuran 3,990 mm panjang, 1,745 mm lebar dan ketinggian pada 1,500 mm.
Dari segi rekaan, Toyota Glanza agak berbeza berbanding Baleno kerana didatangkan gril baharu yang menampilkan identiti jenama Jepun berkenaan.
Ia dilengkapi gril klasik Toyota, salur masuk lebih rendah dengan sambungan berwarna hitam dan aksen krom di sekeliling lampu kabus.

Selebihnya, kereta terbaharu itu adalah mirip seperti Suzuki Baleno kecuali hadir dengan lencana Toyota dan rim 16 inci.
Ruang kabin pula, ia didatangkan sentuhan warna dua tona pada papan pemuka, skrin sentuh infotainmen 9 inci, kamera 360 darjah, port USB pada bahagian tempat duduk belakang dan enam beg udara keselamatan.
Glanza 2022 turut dilengkapi aplikasi Toyota i-Connect dengan menawarkan 45 ciri-ciri tambahan termasuk keupayaan membuka kenderaan menggunakan jam pintar.
Kereta terbaharu berkenaan mendapat khidmat enjn K-Series Dual Jet 1.2 liter yang mampu menjana kuasa 89 hp dan tork 113 Nm.
Toyota telah mula mengambil tempahan dan penghantaran pertama dijangka pada penghujung bulan ini. –carscoops
- BACA: TOYOTA, LEXUS UNGGULI CARTA KOS PEMILIKAN TERENDAH UNTUK TEMPOH LIMA TAHUN
- BACA: KENAPA TOYOTA TAHAN LASAK DAN MAHAL DI PASARAN KENDERAAN TERPAKAI?
- BACA: TOYOTA GR SUPRA, BAKAL TERIMA TRANSMISI 6 KELAJUAN MANUAL. AKHIRNYA….
- BACA: TOYOTA CENTURY, SEDAN MEWAH SETARA DENGAN ROLLS-ROYCE, BENTLEY. HANYA UNTUK JDM






