Artikel PilihanBuletin

TOYOTA MEGA GAHTERING 2019 MEMANG MERIAH GILA!

Pagi ni, kami baru sampai ke Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor. Jarang-jarang krew mekanika cover event gathering macam ni tapi selalunya gathering kelab Toyota kami memang jarang tak on.

Kali ni acaranya ialah Toyota Mega Gathering, acara tahunan yang menghimpunkan kereta-kereta Toyota di Malaysia. Dan sebagai jenama yang telah berkurun lama bertapak di Malaysia, setiap tahun Toyota Mega Gathering tak pernah menghampakan!

Kalau dulu hanya satu dua model terutamanya keluarga Corolla, kali ni macam-macam model kereta yang dijemput. Dari model olskool Corolla lama sampailah ke van Hiace, Wish, Estima kereta wagon yang turun dari planet mana pun tak tau.

Dianggarkan lebih 1,300 buah kereta yang datang mengambil bahagian. Kalau dicampur dengan bilangan pengunjung tak berdaftar maunya ada sejuta lebih ni.

OK tipu.

Tapi memang meriah.

Kalau anda yang ada di kawasan sekitar, bolehlah datang ke lokasi ni;

https://g.page/uthmjohor?share

Acara ni akan berlangsung sampai jam 5-6 petang nanti dan sempat lagi kalau nak datang makan nasi beriani Md Shah sana!

GALERI

Google ads
Back to top button