Motosikal

SKUTER 4 RODA QUADRO QOODER, RM45.8K – BAIK BELI AXIA

Selama hampir sedekad, sebuah syarikat Switzerland menghasilkan skuter empat roda yang cukup unik. 

Dikenali sebagai Quadro Qooder, jentera yang sebelum ini dipasarkan di Eropah dilapor bakal dijual di Amerika Syarikat. 

Jentera itu diiklankan sebagai satu-satunya kenderaan jalanan empat roda yang boleh tilting di dunia. Kempat-empat rodanya itu boleh dicondongkan (tilt) kerana ia menggunakan suspensi hidraulik bebas. 

Qooder dikuasakan oleh enjin selinder tunggal bersesaran 399cc yang mampu menjana 32.5hp dan tork maksimum 38.5Nm. Varian elektrik didakwa sedang dibangunkan dan bakal dipasang dengan motor elektrik Z-Force yang boleh menawarkan kuasa sehingga 60hp, tetapi jaraknya tidak dinyatakan. 

Penunggang boleh mendapatkan semua maklumat tunggangan menerusi paparan meter ringkas. Terdapat dua ruang di hadapan yang menempatkan plug 12V dan satu port USB. 

Untuk pasaran Eropah, ia ditawarkan pada harga £9,900 (RM45,800). Tidak diketahui berapa unit Qooder sudah dijual di sana, namun Quadro kedengaran optimistik. 

“Tujuan utama kami tampil buat pertama kali di AS adalah untuk memperkenalkan rangkaian model menarik 2020 dan berjumpa dengan rakan pengedar di sini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Quadro, Paolo Gagliardo. 

Google ads
Back to top button