Buletin

TOYOTA RANCANG BINA RANGKAIAN KERETA SPORT, INGIN KEMBALIKAN NOSTALGIA 90-AN

Toyota hari ini adalah tentang kereta yang lasak, dipercayai, ekonomikal dan mampu milik. Ia sudah berada di landasannya yang tersendiri namun tidak dinafikan, mereka hilang DNA kereta sukan.

Kereta-kereta keluaran Toyota tidak lebih dari sekadar alat pengangkutan dari titik A ke B. Hanya beberapa pergerakan kecil seperti Toyota 86 (itupun dari Subaru) dan juga rangkaian talaan dari TRD dan Toms, tetapi tidaklah serius mana.

Lexus memiliki sayap pembangunan ‘F” dan pada bulan ini, Toyota Motor Corp Jepun mengumumkan akan meluaskan rangkaian “sports car” Toyota yang akan diperkenalkan pada pameran Tokyo Motorshow bulan hadapan.

Tidak jelas samada ia akan melibatkan pasaran luar Jepun tetapi Toyota dijangka akan memperkenalkan Supra terbaru yang dibina dengan kerjasama BMW. Ia menandakan bermulanya era yang pernah dikecapi oleh pengeluar tersebut pada dekad 90-an.

Abang Japar pun berharap model-model kelas menengah yang mampu milik dibina semula. Kita perlukan MR-2, Celica dan Supra. Toyota sudah mula menyusun semula pembinaan kereta mereka di bawah Gazoo Racing Co. unit dalaman yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal sukan motor.

BACA: TOYOTA GAZOO RACING DI PULAU PINANG

Awal tahun ini Toyota juga memberitahu mereka akan memperkemaskan tawaran dari GRMN. Gazoo Racing tuned by the Meister of Nurburgring ini merupakan sayap pembangunan yang telah lama berkecimpung dalam perlumbaan 24-Jam Endurance Jerman.

 

 

 

Google ads
Back to top button