Buletin

TOYOTA TAMATKAN KERJASAMA DENGAN ISUZU – MAHU JUAL BAKI SAHAM RM2.9 BILION 

Pada November 2006, Toyota dan Isuzu menandatangani satu perjanjian asas yang memberi fokus kepada pembangunan enjin diesel.

Pada masa yang sama Toyota bersetuju untuk menjual 5.89 peratus saham dalam Isuzu pada harga AS$720 juta (RM2.9 bilion).

Kini, kedua-kedua pengeluar itu bersetuju untuk menamatkan kerjasama tersebut dan Toyota berhasrat menjual semua sahamnya.

Biarpun begitu, Toyota dan Isuzu bersetuju untu mengkelkan hubungan kukuh mereka meneriso projek-projek yang sedang berjalan sekarang, melibatkan teknologi asas. Mereka juga tidak menolak kemumngkinan untuk menjalin kolaborasi pada masa depan.

Langkah itu diambil berikutan permintaan enjin diesel yang dilihat semakin merudum. Di samping populariti kenderaan elektrik yang kian meningkat di seluruh dunia.

Toyota kini dikatakan fokus untuk membangunkan teknologi kenderaan komersial generasi akan datang dengan Hino Motors.

Hino Motors sebenarnya sudah menjalin kerjasama dengan unit kenderaan komersial Volkswagen untuk membangunkan rangkaian kuasa elektrik dan teknologi pemanduan autonomi.

Google ads
Back to top button