Buletin

RENAULT LANTIK THIERRY HENRY SEBAGAI DUTA – BANTU PROMOSI CLIO, CAPTUR & MEGANE R.S.

Bintang bola sepak Perancis, Thierry Henry kembali dilantik sebagai duta Renault dan membawakan ‘Va Va Voom’ ke skrin televisyen di United Kingdom sejak kali terakhir pada tahun 2011.

Beliau akan tampil dalan satu siri televisyen baru yang merupakan sebahagian daripada tajaan Renault ke atas Liga Perdana Inggeris di saluran Sky Sports. Ia bakal disiarkan pada 96 perlawanan siaran langsung dan rakaman bagi musim 2018/19

Kerjasama Renault dan Henry bermula sejak tahun 2002 apabila bekas pemain Arsenal itu menandatangani perjanjian untuk kempen pengiklanan ‘Va Va Voom’.

Iklan itu dikatakan memberi kesan mendalam kepada warga Britain sehinggakan perkataan ‘Va Va Voom’ ditambah ke dalam kamus Concise Oxford English.

Kempen iklan yang membawa hashtag baru iaitu #withyoualltheway itu akan menyaksikan Henry mengikuti perlawanan bola sepak sepanjang musim. Pada masa sama menampilkan beberapa buah kenderaan Renault seperti Clio, Captur dan Mégane R.S. serba baharu.

Henry menjadi pemain profesional selama 20 tahun dengan lebih 800 penampilan. Beliau pernah menjadi pemain untuk banyak pasukan ternama di dunia termasuklah Monaco, Juventus, Arsenal, FC Barcelona dan New York Red Bulls.

Ketika bersama Arsenal, Henry telah menghasilkan 228 gol falam 376 perlawanan, menang dua gelaran Liga Perdana, tiga Piala FA, empat anugerah Kasut Emas dan pemain terbaik sebanyak dua kali.

Tags
Google ads
Back to top button