Buletin

TRW LANCAR PAD BREK BERTEKNOLOGI SERAMIK

TRW Asiatic Company Limited (TAC), pengimport dan pengedar utama alat-alat ganti automotif berkualiti tinggi, meraikan ketibaan separuh kedua tahun 2014 dengan pelancaran dua pad brek berprestasi tinggi serta inovatif: D-Tec dan U-Tec daripada TRW.

TRW-brake-mekanika (2)

TRW ialah pengeluar global peralatan tulen (OE) untuk sistem keselamatan automotif. Pelancaran itu dilakukan bagi mengukuhkan lagi posisi TAC selaku peneraju dalam industri, meningkatkan jumlah jualannya serta memperoleh perkongsian No.1 dalam pasaran pad brek di Thailand untuk kereta sedan dan trak pikap.

Direka khusus untuk sedan keluaran pengeluar kenderaan Jepun, TRW D-Tec ialah pad brek yang maju dan kurang habuk. Ia diformulasi menggunakan seramik untuk kecekapan brek optimum dan bunyi bising yang minimum. Dilengkapi alat pengesan dan indikator, pad brek D-Tec memberikan keyakinan sepenuhnya kepada pemandu setiap kali mereka menekan brek.

Dibangunkan khas untuk kenderaan dengan beban berat seperti trak pikap dan SUV, pad brek U-Tec dibekalkan bersama Cotec – satu lapisan inovatif yang diletakkan di atas material geseran dan menambah baik tindak balas brek. Hasilnya, jarak membrek lebih pendek berbanding pad brek OE, brek tidak bising dan kadar kehausan brek yang rendah.

Menggunakan pad brek OE sebagai penanda aras, dua rangkaian pad brek baharu ini telah membuktikan kemampuan sewaktu ujian dan di atas jalan raya. Keputusan-keputusan ujian menunjukkan bahawa pad brek D-Tec dan U-Tec menawarkan tahap prestasi yang sama seperti pad brek OE. Walaupun pada suhu membrek mencecah 650°C, ia tetap mampu memberikan rasa pedal brek yang bagus dan ketenangan minda kepada pelanggan.

TRW-brake-mekanika (3)

Menurut Pengarah Urusan TRW Asiatic, Pornsak Ariyapongpairoj, promosi jualan dan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk pad brek yang baru dilancarkan ini akan merangkumi pelbagai aktiviti yang mensasarkan semua kelompok pelanggan.

Aktiviti-aktiviti ini akan memberi fokus kepada proses pemindahan pengetahuan dan maklumat produk kepada para pelanggan menerusi rangkaian peniaga serta pengedarnya yang kukuh. Media tradisional dan digital akan digunakan untuk menjangkau golongan generasi baru. Sebagai tambahan, satu siri sesi latihan teknikal akan diadakan untuk pusat-pusat pemasangan tayar, bengkel dan garaj dalam dalam usaha memastikan kualiti pembaikan sistem brek yang standard.

Majlis pelancaran pad brek D-Tec dan U-Tec akan diadakan di Litar Antarabangsa Bira di Pattaya yang membolehkan orang ramai melihat sendiri ujian kecekapan pad brek TRW. Sekali gus dapat meningkatkan keyakinan para peniaga dan pengedar TRW di Thailand serta pasaran-pasaran lain di seluruh Asia Tenggara. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button