Motosikal

VESPA PRIMAVERA – RM11,888

Pengimport dan pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia, NAZA Premira Sdn. Bhd., (NAZA Premira) baru-baru ini memperkenalkan jentera terbaharunya, Vespa Primavera.

Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (22)

Berbeza dengan model Vespa LXV 150ie, Vespa Primavera hadir dengan penampilan lebih segar dan rangkaian teknologi terkini. Jentera itu asalnya dilancarkan di Itali pada zaman pasca peperangan sekitar tahun 1968.

Ia kemudian menjadi antara pemangkin perubahan dalam aspek mobiliti penuh gaya. Maka, tidak hairanlah jika Primavera merupakan salah satu model paling lama dan diminati dalam sejarah Vespa.

Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (23)

Primavera juga bertanggungjawab menjadikan Vespa sebagai satu jenama fenomena di dunia. Kini, lagenda itu kembali untuk mengujakan para peminat skuter tempatan yang ingin tampil berbeza. .

Primavera diserlahkan menerusi gaya model Vespa 946. Kelihatan lebih muda, inovatif, pantas dan dinamik, Primavera menggabungkan teknologi terkini Piaggio dan reka bentuk baru.

Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (13)

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin menyatakan sempena pengenalan Primavera, pihaknya menawarkan jaminan selama setahun atau jarak perbatuan sejauh 10,000km.

Dikilangkan di Vietnam, Primavera menggunakan khidmat enjin empat lejang silinder tunggal bersesaran 155cc. Enjin dengan sistem pancitan bahan api itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.7hp dan tork 12Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT untuk menawarkan tunggangan yang lancar.

Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (27)

Pengurus Besar NAZA Premira, Farouk Faisal memberitahu, NAZA Premira meletakkan sasaran jualan kurang 1,000 unit Primavera menjelang akhir tahun ini. Sekaligus mewakili 30 hingga 40 peratus jualan Vespa secara keseluruhannya.

Bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggannya, NAZA Premira juga dijangka menambah 11 lagi bilik pameran, sekali gus menjadikan rangkaian pengedarnya kepada 20 di seluruh negara.

Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (17)

Apa yang pasti, Primavera memang menarik perhatian. Ia boleh menjadi milik anda pada harga RM11,888 seunit.
[hr]GALERI

Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (4)Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (6)Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (7)Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (11)Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (12)Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (18)Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (25)Vespa-Primavera-RM11,888-mekanika (30)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button