
MITSUBISHI RED PEAK CHALLENGE DI JB
Sempena sambutan Hari Malaysia dan cuti sekolah, acara Mitsubishi Red Peak Challenge menawarkan banyak hadiah menarik untuk anda.
Berlangsung di Plaza Angsana (Carpark A) bermula pukul 10.00am hingga 8.00pm hari ini dan esok, pelbagai aktiviti menarik disediakan. Kanak-kanak boleh menyertai pertandingan seni pasir. Para pemenangnya akan membawa pulang empat tiket (dua dewasa, dua kanak-kanak) ke taman tema Legoland bernilai RM500.
Kanak-kanak yang mengambil bahagian juga akan menerima hadiah-hadiah seperti pensel warna e-Heroes dan origami edisi terhad. Bukan itu sahaja, orang dewasa yang mengambil bahagian dalam sesi pandu uji Red Peak Challenge atau memandu uji mana-mana kenderaan Mitsubishi akan menerima satu baucar KFC bernilai RM20. Terhad kepada 100 peserta terawal sahaja.
Diinspirasikan kepada kemenangan Mitsubishi dalam Cabaran Pikes Peak International Hill Climb 2014, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini melancarkan Mitsubishi Red Peak Challenge yang menyaksikan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi menaiki tanjakan yang cukup tinggi, pertama seumpamanya di Malaysia.
Mitsubishi Red Peak Challenge mula diperkenalkan pada 23 Ogos di Pulau Pinang, sebelum diteruskan di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.
Jadual tarikh dan lokasi Mitsubishi Red Peak Challenge yang berikutnya:
No | Bandar | Lokasi | Tarikh | Masa |
1 | Johor Bahru | Plaza Angsana, Car Park A | 13-14 Sept | 10.00am – 8.00pm |
2 | Kelantan | Stadium Kota Bharu, Outdoor car park | 26-27 Sept | 10.00am – 8.00pm |
Pandu uji berakhir pada pukul 7.00pm
Masuk adalah percuma. Pengunjung yang menempah mana-mana kenderaan Mitsubihsi sepanjang acara Red Peak Challenge bakal menerima Ralliart car boot organizer edisi terhad. Manakala mereka yang memandu uji kenderaan Mitsubishi pula akan menerima satu barangan eksklusif (sehingga stok masih ada).