Motosikal

MODENAS NINJA 250 SE. SPORTBIKE PERTAMA MODENAS. ABS, ENJIN EURO4

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Modenas dan Kawasaki akan menjalin kerjasama untuk kembali menguasai pasaran motosikal tempatan.

Kini, kerjasama itu dilihat sudah masuk ke fasa seterusnya apabila Modenas ada mempamerkan sebuah model baharu di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Damansara.

Ia merupakan superbike dengan enjin bersesaran 250cc pertama Modenas yang dibina berasaskan kepada Kawasaki Ninja 250 SE ABS. Model tersebut adalah hasil kerjasama teknikal dengan Kawasaki Heavy Industries.

Jelas bahawa ia menjadi salah satu model Kawasaki yang bakal diperkenalkan dan menggunakan jenama Modenas. Superbike Modenas itu didakwa mempunyai kelengkapan lebih baik berbanding varian Ninja 250 SE yang lain kerana dipasang dengan sistem brek ABS.

Selain itu, ia juga menggunakan khidmat enjin piawaian Euro 4 berbanding Ninja 250 SE sebelum ini yang hanya Euro 3. Dijana oleh enjin dua selinder, jentera tersebut mampu menawarkan kuasa mencecah 37PS pada 12,500rpm dan tork 23Nm pada 10,000rpm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Manakala kerangkanya pula adalah daripada jenis Trellis. Modenas Ninja dipasang dengan rim bersaiz 17 inci dengan tayar 110/70 di hadapan dan 140/70 di belakang.

Aspek mekanikal lain kekal sama. Ia masih menggunakan tangki bahan api berkapasiti 14 liter dan berat bersihnya cuma 167 kilogram.

Warna hitam dengan corak grafik ini merupakan versi pertama yang diperkenalkan di luar Jepun. Kira bertuah jugalah pengguna di Malaysia kerana dapat warna edisi Jepun.

Dalam perkembangan berkaitan, Modenas juga didakwa bakal melancarkan satu lagi jentera berkuasa 250cc. Dengar kata model dual purpose Versys 250. Betul atau tidak, sama-sama kita tunggu.

Mazda CX30

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button