
UMW TOYOTA CATAT JUALAN 7,932 UNIT PADA APRIL. TAWAR PEMBIAYAAN FLEKSIBEL RM658/SEBULAN
UMW Toyota Motor (UMWT) terus melakar kejayaan yang meyakinkan pada April 2025, apabila mencatat jualan sebanyak 7,932 unit kenderaan pada bulan berkenaan, sekali gus menjadikan jualan terkumpul setakat tahun ini kepada 27,876 unit.
Komitmen UMW Toyota Motor terhadap kelestarian dan inovasi turut diterjemahkan pada acara Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung sekarang hingga 15 Mei 2025. Pengunjung dijemput untuk menyaksikan pameran barisan model Elektrik Hibrid Toyota, antaranya Vellfire HEV, Corolla Cross HEV, Camry HEV, serta Mirai FCEV.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pendekatan menyeluruh Toyota melalui Penilaian Kitaran Hayat (Life Cycle Assessment – LCA) —satu kerangka yang menilai impak karbon secara holistik, bermula dari pengeluaran bahan mentah, proses pembuatan, penggunaan harian, hinggalah ke fasa kitar semula, melangkaui apa yang kelihatan dari paip ekzos.

Pendekatan ini memperlihatkan kesungguhan Toyota dalam mengurangkan jejak karbon secara menyeluruh dan nyata, bukan sekadar simbolik, menjadikan pilihan lestari bukan hanya boleh diimpikan, tetapi boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
UMW Toyota Motor turut mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk merebut peluang keemasan memiliki kenderaan Toyota idaman mereka menerusi promosi eksklusif sepanjang bulan Mei ini.
Tawaran istimewa ini merangkumi:
- Pakej pembiayaan fleksibel dari serendah RM658/sebulan
- Penyelenggaraan mampu milik melalui program Toyota Service Savers, bermula dari hanya RM33/sebulan
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai keistimewaan menarik ini dengan melayari laman web www.toyota.com.my hubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682) atau kunjungi bilik pameran Toyota terdekat hari ini.