
UMWT RANGKA STRATEGI NEUTRAL KARBON MENERUSI MODEL BEV, HEV DAN FCEV
UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini membentangkan strategi pelbagai laluan syarikat dalam menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi neutral karbon menjelang 2050.
Sehubungan dengan itu, Toyota telah mendaftarkan unit sampel Toyota bZ4X, Toyota Corolla Cross Hybrid dan FCEV Mirai sebagai sebahagian daripada strategi Toyota Beyond Zero.
Terdahulu, kerajaan Sarawak menerusi SEDC Energy menerima lima unit sedan Toyota Mirai pada Januari, bertujuan merancakkan ekonomi hidrogen di Sarawak.

“Toyota mempunyai strategi berbilang laluan ke arah neutraliti karbon dan kami percaya HEV adalah paling sesuai untuk rakyat Malaysia memandangkan sumber bahan api penjanaan elektrik serta ketersediaan infrastruktur pengecasan di luar pusat bandar di pantai Barat Semenanjung Malaysia,” kata Presiden UMWT, Datuk Ravindran K.
Untuk rekod, Toyota berjaya mencatat hasil jualan lebih 20 juta unit di seluruh dunia sejak 1997, menyumbang kepada pengurangan CO2 sebanyak 165 juta tan metrik.
Selain HEV, Toyota turut fokus kepada model BEV dalam memastikan sasaran neutral karbon di Malaysia tercapai.
Toyota mendakwa bahawa untuk menyokong ekosistem mesra BEV, UMWT mengambil langkah menyediakan 4,000 titik pengecasan kenderaan elektrik menjelang akhir tahun ini.
Apabila infrastruktur bertambah baik, UMWT seterusnya akan melancarkan model BEV dalam tempoh terdekat.
Jelas Datuk Ravindran K., Toyota percaya bahawa mengekalkan strategi berbilang laluan yang neutral teknologi adalah pendekatan terbaik ke arah mencapai neutraliti karbon.
- BACA: UMW TOYOTA CATAT JUALAN 9,026 UNIT PADA Q1 2023. PROMOSI HINGGA RM8K, PEMBIAYAAN 100% SEMPENA RAMADAN
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR DAN PERSATUAN ALAM SEMULAJADI TANAM LEBIH 6,000 POKOK
- BACA: TOYOTA PEGANG TAKHTA PENGELUAR BUKAN NASIONAL NO.1 – CATAT JUALAN KESELURUHAN 101,035 UNIT TAHUN 2022
- BACA: SUV EV TOYOTA BZ4X BAKAL BERADA DI PASARAN TEMPATAN PADA TAHUN HADAPAN






