BuletinModifikasi

VERSATILITI VOLKSWAGEN CRAFTER

Lakaran pertama kenderaan komersil Volkswagen Crafter yang dijangka dilancarkan pada musim luruh tahun ini telah didedahkan.

Volkswagen-Crafter-20116-mekanika (2)

Jelas menunjukkan DNA reka bentuk Volkswagen. Ia meneruskan bahasa rekaan model T-series Volkswagen, selain menjanjikan pelbagai inovasi, tahap kefungsian dan kualiti yang tinggi.

Pasukan pakar Volkswagen bekerjasama rapat dengan pelanggan serta mengikuti rutin harian demi meneroka keperluan mereka. Di samping mengetahui apa yang mereka mahukan daripada Crafter generasi baru ini.

Ketua Reka Bentuk di Volkswagen Commercial Vehicles (VWN), Albert-Johann Kirzinger berkata, “Dalam sektor kenderaan komersil, reka bentuk mestilah berfungsi untuk pelbagai kumpulan pengguna.

Volkswagen-Crafter-20116-mekanika (1)

Hasilnya, Crafter memiliki tahap pekali seretan terbaik dalam kelasnya iaitu 0.33. Bahagian dalamannya pula menggabungkan praktikaliti bersama ruang kargo yang optimum.

Bahasa rekaan ini dikatakan bakal digunakan ke atas semua model komersil Volkswagen pada masa depan.

“Kenderaan komersil Volkswagen  T-series, ‘Bulli’ telah memberi gambaran jelas mengenai pengenalan Crafter. Dengan Crafter, aspek kualiti material, ketahanan dan nilai kualitatif telah berjaya dicapai yang sebelum ini tidak pernah dilihat dalam segmen kenderaan komersil,” tambah Kirzinger.

Google ads
Back to top button