Buletin

HONDA CR-Z 2017 – GUNA PLATFORM CIVIC?

Khabar angin bertiup kencang sejak tahun lepas, sewaktu Honda mengumumkan akan kembali ke sukan Formula Satu. Itu bermakna Honda sudah bersedia dengan kedudukan kewangan yang kukuh.

Honda-CR-Z-2017-mekanika (2)

Malah kehadiran model Type-R Eropah FK2 merupakan isyarat kedua bahawa Honda sudah bersedia melahirkan kereta generasi ‘baru’.

Sewaktu diperkenalkan, Honda CR-Z (yang sepatutnya menjadi pengganti CRX) tidak begitu diterima baik dalam kalangan peminat motorsport tegar. Walaupun begitu, ia mencatat angka jualan yang sangat memberansangkan. Sasaran jualan di Jepun dan Amerika lebih 3 kali ganda daripada yang dijangka. Ia adalah satu fenomena sebuah kereta sports hibrid di pasaran.

Pun begitu, ia tetap tidak menarik minat sebahagian besar pasaran asli peminat Honda. Sejak memberhentikan pengeluaran S2000, mereka tiada lagi line-up kereta sport murah. Sudah tentu dengan perkhabaran CR-Z generasi kedua ini, ramai yang mengharapkan enjin yang lebih baik.

Honda-CR-Z-2017-mekanika (1)

Berbeza sewaktu CR-Z dilancarkan pada 2010, jangka hayat enjin K20 sudahpun sampai ke penghujung. Kali ini Honda memiliki barisan enjin 1.5 dan 2.0 turbo yang baru. Sumber kami memberitahu bahawa CR-Z baru ini akan dibina berdasarkan kerangka Civic baru. Untuk rekod, CR-Z sekarang dibina dengan platform Jazz.

Sasaran asal ialah enjin 2.0 Type-R untuk pasaran global. Kemudian untuk pasaran Jepun, versi 1.5 hibrid berkuasa 200hp akan diperkenalkan.

Sebenarnya CR-Z perlu jadi seperti CRX EF8. Sebuah idea moden dengan enjin 200hp tentu jadi sangat menarik. Integra DC5 dan Civic FD2R pun dah tak ada. Apa lagi warisan Honda Jepun yang masih tinggal?

Google ads
Back to top button