Artikel Pilihan

VIDEO PENUH PERODUA SMART DRIVE ASSIST. SENANG NAK FAHAM, TAK PAYAH LUKIS

Perodua Ativa AV yang kami uji baru-baru ini datang dengan pelbagai ciri keselamatan yang terkini dan biasa ditemui pada kereta yang lebih mahal. Walaupun dari segi pelaksanaan mekanisme Lane Keep Assist dan Adaptive Cruise Control ini masih boleh diperbaiki, apa yang penting semua teknologi yang satu ketika dulu hanya ada pada kereta mahal kini boleh didapati pada kereta rakyat.

Kalau kami bercerita panjang lebar berkenaan aspek ini mungkin anda akan bosan dan terus komen “boleh tolong lukis tak?” Nasib baiklah pihak Perodua telah mengeluarkan satu video penuh berkenaan ciri-ciri terkini yang ada pada model Ativa, walaupun dalam bentuk animasi. Antara pembaharuan bagi sistem ASA 3.0 ialah keupayaan sistem mengesan motosikal, basikal dan kereta antara halaju 4-120km/j.

Sistem ini juga boleh mengesan pejalan kaki antara halaju 4-60km/j. Jika gagal membrek dengan pantas, sistem ASA akan melakukan brek kecemasan bagi mengelakkan kemalangan. Jika anda sudah biasa berkenaan dengan sistem ASA 1.0, anda boleh skip terus ke minit 1:43. Di sini anda akan diterangkan mengenai sistem Driving Assist yang merangkumi 5 aspek bantuan pemanduan.

Ia terdiri daripada Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention, Lane Keep Control, Adaptive Cruise Control, dan Blind Spot Monitor. Bagi minit 4:39 ke atas, video ini menerangkan fungsi Headlamp Assist yang terdiri daripada Auto High Beam dan Adaptive Driving Beam. Kami menjangkakan semua teknologi baru ini akan diperkenalkan pada model baru Perodua di masa depan. Video Perodua Smart Drive ini boleh ditonton dibawah.

Google ads
Back to top button