Buletin

TUNDA DALAM GEAR 1 DAN 4-LOW, ENJIN JEEP WRANGLER RUBICON 2021 ROSAK TERUK

Enjin sebuah Jeep Wrangler Rubicon 2021 jahanam selepas jentera itu ditunda secara tidak betul, sebelum kenderaan pacuan empat roda itu dihantar ke sebuah pusat pengedaran di North Carolina, Amerika Syarikat. 

Walaupun dilihat secara luaran nampak sempurna, enjin sebenarnya sudah barai selepas ditunda oleh RV pemiliknya. Puncanya? SUV itu ditunda dengan gear satu dan pacuan 4-Low masih diaktifkan. 

Mekanik pengedar terbabit, Toby Tuten memberitahu Wrangler tersebut mempunyai nisbah crawl 84.13:1 ketika berada dalam gear satu dan low rage. Sekiranya RV itu menundanya pada kelajuan 96km/j, roda Wrangler perlu memaksa enjin berpusing pada lebih 54,000rpm, lapan kali lebih tinggi berbanding garis merah 6,600rpm enjin Penstar V6 yang digunakannya. 

Kerosakan yang dialami sangat serius. Crankshaft tercabut, manakala dua piston dan rod masuk ke dalam blok enjin. Klac dan flywheel juga merosakkan perumah transmisi dan input shaft tertangal. 

Tuten menganggarkan kos untuk membaiki Wrangler berkenaan boleh mencecah AS$30,000 (RM120,000) tidak termasuk upah buruh. Masih belum dapat dipastikan sama ada pemiliknya mahu membayar kos itu atau tidak.

Selepas disiasat, pemandu itu sepatutnya menunda Wrangler bertransmisi manual berkenaan dalam keadaan transfer case neutral. Tetapi dia meletakkan kenderaan itu dalam 4-low. 

Aduhai… 

Google ads
Back to top button