Motosikal

VOGE SR3 250 LANCAR DI MALAYSIA 19 OKTOBER INI – 25.5HP, 23Nm

Pasaran skuter akan terus dimeriahkan dengan kedatangan model baharu kali ini menerusi VOGE SR3 250.

Menurut maklumat diperolehi, pihak MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama motosikal VOGE di Malaysia, akan melancarkan SR3 250 ini pada 19 Oktober ini.

Atas kertas, SR3 250 yang juga dikenali sebagai SR250GT dikuasakan enjin satu silinder 244.3cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 25.5hp pada 8,250rpm dan 23Nm pada 6,500rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT. 

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk fork teleskopik 35mm di bahagian depan dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban (preload). 

Brek pula terdiri dari cakera berkembar 260mm depan dan 240mm belakang masing-masing dipadankan dengan sistem ABS dwi-saluran. Skuter ini turut dilengkapi dengan sistem traction control (TCS) secara standard. Rupa moden skuter maxi ini turut dilengkapkan dengan panel meter TFT. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • penghadang angin boleh laras
  • sistem tanpa kunci (keyless)
  • grip pemanas 
  • tangki 14L
  • berat 165kg
  • ketinggian tempat duduk 770mm
  • dashcam

GALERI: VOGE SR3 250

Google ads
Back to top button