Motosikal

VOGE 625 R LANCAR DI EROPAH – 64HP, 58NM

VOGE antara jenama motosikal dari China yang semakin meningkat naik di pasaran antarabangsa termasuk di Malaysia.

Terbaru, jenama premium milik Loncin itu baru saja memperkembangkan tawaran di pasaran Eropah menerusi motosikal naked terbaru, Voge 625 R.

Atas kertas, 625 R dikuasakan platform dua silinder KEL600 yang bersesaran 581cc 8-valve DOHC yang berupaya menjana 64.3hp pada 9,000rpm dan 58Nm pada 6,500rpm.

Enjin ini juga menerapkan konfigurasi 270-degree crank sekaligus menghasilkan karakter enjin seakan V-Twin. Bagi motosikal naked, 625 R ini juga dilengkapi dengan tangki bahan api yang agak besar dengan 16.5L.

Namun begitu, tarikan utama 625 R ini adalah kelengkapan premium ditawarkan yang merangkumi fork depan jenis USD dari KYB, brek Nissin dengan cakera 298mm depan dan 240mm belakang, Bosch ABS dwi-saluran, traction control dan skrin TFT 7-inci berwarna. Pengecas USB juga didatangkan secara standard.

Untuk rekod, motosikal Voge turut dipasarkan di Malaysia menerusi MForce Bike Holdings dan ketika ini antara model ditawarkan termasuk Formica Rossa 150 (FR150), DS900X dan CU525.

GALERI: VOGE 625 R

Google ads
Back to top button