Buletin

VOLKSWAGEN ID.CODE CONCEPT – MASA DEPAN VOLKSWAGEN YANG SEMAKIN CERAH UNTUK PASARAN CHINA

Volkswagen telah mendedahkan model konsep terbaharu mereka, Volkswagen ID.Code ketika pameran kereta yang semakin mendapat tempat seluruh pelusuk dunia, Auto China 24 sekali gus menandakan betapa pentingnya pasaran China buat mereka.

Dengan menggunakan strategi, di China untuk China, ianya sejajar dengan keperluan khusus pelanggan dalam pasaran kereta terbesar di dunia dan untuk menyediakan mereka dengan tawaran produk yang meyakinkan dalam semua segmen yang berkaitan.

Estetika kereta konsep itu benar-benar baharu dan memberikan pratonton SUV elektrik yang besar. ID.CODE direka untuk Tahap 4 pemanduan autonomi sepenuhnya. Sub-jenama ID.UX progresif baharu ini juga memainkan peranan penting dari segi profil Volkswagen di pasaran China. Dengan model serba elektrik, berorientasikan gaya hidup, sub-jenama ini direka untuk menarik minat pelanggan yang lebih muda khususnya.

Dan khabarnya jenama keluarga ID yang baharu ini nanti akan mempunyai sehingga 16 buah model menjelang tahun 2030 termasuklah lima model EV daripada sub-jenama ID.UX yang akan membuat debut kemunculan pada tahun 2027.

Volkswagen mahu berkembang dengan pesat melalui rangkaian model EV mereka kelak khusus untuk kumpulan pelanggan baharu di China dengan ID.UX. Sub-jenama ID.UX ini akan menggabungkan keunggulan Volkswagen yang terbukti dengan DNA reka bentuk berorientasikan gaya hidup.

Ciri-ciri khusus jenama ini kelak termasuklah reka bentuk luaran yang progresif bersama-sama dengan bahagian dalaman yang mengutamakan pemandu yang menampilkan paparan dan konsep operasi (HMI) yang baharu sepenuhnya untuk pelanggan muda. Dan untuk model ID.UX yang akan membuat debut adalah ID.UNYX, yang dijadualkan untuk membuat kemunculan di pasarannya pada tahun 2024.

Sebagai persediaan ke arah untuk pengeluaran berskala besar model elektrik Volkswagen sedang mengukuhkan kosistem pengeluaran, pembangunan, perolehan dan pengeluaran baterinya di China.

Menjelang akhir tahun 2024, bilangan pekerja di tapak R&D di Anhui sahaja akan meningkat kepada 3,000 tenga kerja pakar. Jenama itu juga mempergiatkan kerja – kerja bersepadu dengan hasil prodiuk tempatan untuk mencapai kitaran pembangunan yang lebih singkat hasil kerjasama melalui rakan kongsi di China seperti XPENG, Horizon Robotics dan Thundersoft akan disepadukan ke dalam proses pembangunan pada peringkat awal.

Dengan kerjasama XPENG, dua kenderaan kelas pertengahan baharu dirancang mulai 2026. Pekerja di usaha sama CARIZON dengan Horizon Robotics dan usaha sama CARThunder dengan Thundersoft terlibat dalam membangunkan sistem inovatif untuk pemanduan autonomi, infohiburan dan ketersambungan.

Yang pastinya, dunia otomotif sedang beralih arah ke China. Power betei China ni kan?

BACA : VOLKSWAGEN ID. GTI CONCEPT – GTI VERSI ELEKTRIK!

BACA : SKODA EPIQ CONCEPT DIDEDAHKAN. BENARKAH IANYA BAKAL MENJADI SEBUAH SUV ELEKTRIK YANG EPIK?

Google ads

B K

Back to top button