
VOLVO JALANKAN KAJIAN SISTEM PENGECASAN KERETA ELEKTRIK TANPA WAYAR
Volvo Cars iaitu pengeluar kereta mewah terkemuka Sweden sedang menjalankan kajian dan pembangunan bagi satu sistem pengecasan kereta elektrik tanpa wayar dengan beberapa pihak yang terlibat. Kajian ini dijalankan bagi menilai potensi teknologi ini pada masa hadapan
Dalam tempoh 3 tahun, sebuah syarikat teksi elektrik yang menggunakan Volvo XC40 Recharge akan digunakan oleh Cabonlone iaitu sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan teksi terbesar di Sweden. Teksi ini akan diuji bagi mengecaj sistem tanpa wayar di Gotheburg, Sweden.
Sistem pengecasan tanpa wayar ini juga merupakan projek inisiatif Gothenburg Green City Zone yang mana kawasan ini telah digazet sebagai kawasan kajian pembangunan teknologi tenaga hijau yang mesra alam
Stesen pengcas yang digunakan akan dibekalkan oleh Momentum Dynamics, pembekal sistem pengecas tanpa wayar di Sweden. Pengecasan akan bermula secara automatik sebaik sahaja kenderaan yang sesuai diparkir di atas pengecas yang ditanam atas permukaan jalan raya dan membenarkan pengecasan dilakukan tanpa pemandu keluar dari kenderaan
Tenaga elektrik akan dihantar menerusi pad pengecas yang akan diterima oleh penerima yang dipasang pada kereta. Bagi memastikan kereta berada pada kedudukan yang tepat, Volvo Cars akan menggunakan sistem kamera 360 darjah bagi membantu proses penetapan kereta.
Bagi Volvo XC40 Recharge, sistem ini akan membekalkan tenaga 40kW tanpa wayar dan hampir 4 kali ganda lebih laju berbanding dengan sistem 11kW pengecas AC dan menyamai sistem 50kW pengecas pantas DC. Volvo akan menguji sistem ini 12 jam sehari bagi tempoh 100,000km dalam pelbagai senario pemanduan

