Buletin

WANITA BENGANG MERCEDES-AMG G63 BERHARGA RM2.2 JUTA BARU DIBELI ROSAK SELEPAS MEMANDU HANYA 350KM

Seorang wanita bernama Shen dari Hangzhou, China berang selepas Mercedes-AMG G63 yang baru dibeli rosak selepas memandu kira-kira 350km. SUV itu didakwa tiba-tiba menyalakan lampu amaran dan tidak berfungsi.

Shen kemudian menghubungi pusat 4S di mana dia membeli kereta itu. Namun apa yang mengejutkan adalah dia mendapati pam bahan api SUV berkenaan rosak dan perlu diganti.

Dia nyata tidak berpuas hati dengan penukaran pam minyak di pusat 4S itu kerana bimbang jika kerosakan masih terjadi selepas pembaikan dan akan mengancam keselamatannya.

Semasa membeli SUV mewah tersebut, penjual didakwa sudah menaikkan harga hampir RM322,665. Memandangkan bekalan kereta itu agak terhad, jadi peniaga biasanya akan menaikkan harga. Dengan markup selain beberapa cukai, Shen membeli kereta itu pada harga RM2.2 juta.

Untuk menyelesaikan masalah itu, Shen meminta lebih daripada harga kereta ketika memulangkannya. Dia juga berharap pusat 4S terbabit akan memulangkan kos markup yang berlebihan.

Di China, G63 ditawarkan pada harga bermula RM1.7 juta. Disebabkan oleh permintaan yang sangat tinggi dan jumlahnya terhad, pembeli terpaksa perlu menambah ratusan ribu untuk mendapatkan kereta tersebut.

G63 sebenarnya telah dijual di seluruh dunia udalam tempoh agak lama dan tiada aduan besar-besaran dilaporkan.

Google ads
Back to top button